Monday, December 20, 2010

Penlepak Berjaye..

Di tepi pantai Teluk Kemang yang sepoi-sepoi bahasa,dan lagi sejam nak maghrib waktu itu..Kelihatan seorang ibu dan anaknya ke hulu ke hilir gelisah semacam aje. Tiba2, beliau menerpa seorang pemuda berketurunan Melayu dan Syarifah,


" Adik, berapa ye goggle ni?" ujar beliau..


Pemuda itu tersengih, " Eh, bukan makcik. Saya duduk-duduk sini je"


"Iye, mane orang penjual nye?", makcik tersebut malu-malu.


"Ntahnye..dia pegi mandi laut kot.", pemuda itu menjeling-jeling keliling sambil pura-pura memanggil adik-adiknya naik ke atas..




Moral: Jangan duk selamber wawa lepak tepi kereta penjual alat permainan budak.Lebih-lebih lagi bila tuannye ke laut.haha...

Monday, December 6, 2010

Vitamin C..Teman Setia Andaaa...


Sumber Kumpulan.info


Jumlah pengambilan vitamin c bagi dewasa yang normal-60-90 mg/hari

Maksimum pengambilan vitamin C bagi org dewasa-1000 mg/hari.(Ambil lebeh cirit le kome/diarhea)


Kamus Dewan Bahasa Melayu Modenisasi
-Jambu Biji(Jambu Batu)
-Kelengkeng(Longan,Mata Kucing)
-Pepaya(Betik)
-Alpukat(Buah Avokado)
-Melon(Tembikai Susu)



Kesan Kekurangan Beliau(vitamin C)
-Kejang otot (Krem le pulak)
-Gusi berdarah (Tengah gosok2 gigi selalunyer)
-Gangguan saraf (Sawan kot, takpun saraf tak dpt line)
-Pecah mulut/luka di mulut (Pedih time makan sambei belacan)
-Anemia (Peringkat Teruk/Darah Kurang Bebenor)





P/s : Sesetengah buah mempunyai vitamin c yg banyak pd kulit berbanding isi contohnye epal...Jangan kome g makan jari kelengkeng udoh yer.haha

Thursday, December 2, 2010

Gelanggangg..

Jom main bedminten..

Insyaallah berpeluh,penat, sehat dan juge kurang wangi sekejap.

Oge Ego?

Ego?

Nape orang kita nak ego.

Bukan skuter Ego keluaran Hong Leong Yamaha tu.(Ego LC nak keluar tau,Perghh).

Ego ni sebab ada syaiton ker.Ngankung ker.Ceplos ker.Ciss..


P/s : Tengoklah channel tv yang terbaru al Hijrah.Semoga sejuk hati kome=)



Berikut adalah liputan frekuensi bagi saluran TV Al Hijrah

Liputan Saluran
UHF
Frekuensi (MHz)
Lembah Klang CH 55 743.25
Terengganu CH 41 631.25
Johor CH 40 623.25
Sarawak CH 37 599.25
Sabah CH 37 599.25

Sumber dari website alHijrah


Wednesday, December 1, 2010

Bocat

credit to flickr.com


Ikan Haruan..Ikan Ghuan..atau name lainnye, ikan Bocat mmg terkenal di kalangan org perak.

Nak ngail atau taut senang je kalau menggunakan umpan katak. Ikan ni elok untuk mengubat luka dan bagi orang baru lepas operation.


P/ s: teringat time kecik2 dulu ngail kat tali ayor tepi bendang Sayong.. berlawan2 bocat sape yg lagik besor.

Seketul Berkilau




Apekah ini..rase-rasenyer??

Mestilah public dinar.. Terang-terang terpampang ye dak..

Nak?

Carilah agen public dinar kat website..Berbaloi untuk simpanan.

Insyaallah...



Entri-entri terdahulu..

Dinar Emas????

Dinar Emas Penyelamat




p/s : Harga minyak ron97 naik 15 sen?ron95 tetap ye dak.. Patut ker.Mestilah logik.Hmm, kalau harga emas pun naik, petrol pun boleh la naik.Sebabnyer? Dua-dua bahan mentah ni merupakan sumber yg tak boleh diperbaharui.. Semakin hari semakin kurang simpanan bahan ni dalam bumi. Boleh ke kita buat emas dgn petrol dlm lab??Ada? Mesti kome pernah belajar subjek sains time kita2 PMR dulu..

Amalan Kita?

Forward from Blog Nurin

Pesanan untuk muslimin muslimat dan juga kpd diri sendiri.


Ya Rasullulah..

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang
bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai
Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras
kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepadaanak-anakmu?'

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antarasatu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?''Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuanmenggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkausedang sakit...' desak Umar penuh cemas... Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar
dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'


Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT..'

Forward kan kpd org lain dan rakan-rakan.Insyaallah..Ada hikmahnya.

Tuesday, November 30, 2010

Kerna Teh O..

Di satu kedai makan ala siam nam nam..

Jejaka Pelayan, " Bang, nak order?" tiba-tiba ada sebelah muka tersengih-sengih.


"Hah, teh o suam dgn nasi goreng pattaya satu", jawab aku..


Selang 5 minit..

Sampai sudah teh o aku..




"Ngape berkepul-kepul wap teh o aku ni, dah mcm sizzling mee je."

"Suam ke ni", dalam hati aku berkate-kate.cis!

Sunday, July 25, 2010

Ren.Ren.Ren...





Hujan..Hujan dan hujan..

Terpakse tersadai di bandar diraje..

Ada berkat hujan ni yer..


Saturday, June 26, 2010

Vuvuzela Pendengung Gegendang!


Inilah Vuvuzela a.ka. trompet Afrika yg bunyi macam perkampungan lebah-lebah sedunia bermesyuarat






Tuptaptuptap,

Sedar tak sedar,Piala Dunia 2010 sudah masuk ke pusingan ke-2, yg merupakan peringkat kalah mati..Bahaya kan main bola ni.


Mengikut analisis taburan penduduk di persiaran Mentari, Sunway menunjukkan hampir 50peratus penonton gila bola ni mengantuk sakan..Bukan saje time kerja, time tgk bola pun mengantuk wehh!!


Mungkin sebab corak permainan bola oleh sesetengah pasukan yg tidak umphh, macam Perancis bertemu Uruguay dulu. Amat mengecewakan jiwa dan raga.. Perancis yer, bukan Uruguay..Rugilah time world cup ni mengantuk, terlepas pulak rembatan Leman Messi atau Daud Villa kan.



Haha.Sebenarnya nak bagi tips-tips penahan mengantuk time tgk World Cup nanti untuk semua penonton tegar World Cup 2010 nieh..Spesel untuk lelaki.




~Bawa Minyak Cap Kapak~

Pinjam botol minyak cap kapak isteri atau mak anda dan bawa ke mana-mana port bola yg korang suka.Time rasa mengantuk,taruk la sikit kat atas dahi dgn kelopak mata tu. Berkesan wehh..


~Kopi O Kaw 2 Gelas~

Memang la ni tips biasa tp memang mujarab.Tak kesah la ais atau panas. Janji kopi O kaw 2 gelas yerkk..Aku rekemen kopi O kat mamak Subaidah.Memang kelam..



~Jerit Sepenuh Jiwa~

Goaaal!!!!!!! Agak-agak macam nak masuk goal tu jerit la puas-puas.. Jangan la segan-segan sebab ada awek cun kat sebelah kome kontrol2 pulak.Cis! !



~Jeling-Jeling Kiri Kanan~

Tipulah masa tgk bola tak tgk perempuan kiri kanan.Heheh..Pantang ada amoi cun comel sket lalu jer mmg tak lepas pandang.Ye dak?Sekali je weh..Jgn dua kali.Haha..Dosa.




P/s : Pasukan underdogs Ghana,Korea selatan dan Mexico menjadi pilihan hati selain Spain dan England.Korg? Tak lupa salam takziah kpd team Perancis dan Italy.Mesti pasni dorg lepak tgk bola kat skrin besor mamak Subaidah..heheh.

Friday, June 18, 2010

Kuasa Hebat Terjelepuk!!

Keputusan Terhebat Semasa


Spain 0-1 Switzerland
(Ranking Spain-2, Switzerland 24)


France 0-2 Mexico
(Ranking France-9,Mexico-17)


Germany 0-1 Serbia
(Ranking Germany-6,Serbia-15)




P/s : Gudluck kpd pasukan England yang akan bertemu algeria 2.30pg ni. Harap2 Capello letak gam ubi kat gloves si Green..Peace!

Tuesday, June 8, 2010

King of Yummy!!

Minggu lepas sy balik kampung..


Kat mane??




Kat Kualer Kangsor.

Tahu?

Kecewa amat2..



Sebab ape??

Nak bagitau ke?






Pokok durian tak berbunga!!


Camne nak makan durian masa final world cup nanti??Cis!

BerUno Kite Teguh!!

Mari kita bersatu!!



P/s: ketepikan pemikiran dan ideologi politik anda demi agama..Islam!!

Saturday, June 5, 2010

Zionis ke Mayonis??




Katakan Tidak Kepada Israel??

Atau

Zionis??





Sejarah Nama Israel..
Israel ialah nama gelaran kepada Nabi Allah Yaakub a.s. Tersusun dari dua kalimat Ibrani (Bahasa Hebrew). Isra ertinya Hamba. El ertinya Allah. Jadi Israel ertinya Hamba yang menjadi pilihanNya. Bani Israel ialah anak-anak Nabi Allah Yaakub. Yakni anak-anak cucu keturunannya yang kemudiannya digelarkan dengan nama Kaum Yahudi. Selanjutnya.



Perintis Zionisme..
1896 Theodor Herzl Yahudi kelahiran Budapest mengasaskan pembentukan Negara Yahudi moden. Tujuannya untuk menuntut dan membuat negara untuk orang Yahudi di Palestine, disokong oleh wang hasil sumbangan dari seluruh orang Yahudi di dunia. Herzl ini juga dikenal pendiri zionisme, yang juga tidak disetujui oleh orang Yahudinya sendiri.



Bezakan Yahudi dan Zionis...
Menurut Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, umat Islam perlu membezakan Yahudi dan Zionis.Kita perlu membezakan antara Yahudi dan Zionis. Kita tidak membenci Yahudi, kita tidak membenci Kristian. Apa yang kita benci ialah Zionisme, iaitu penjajahan yang telah berlaku di Palestin. Penjajahan itu bukan sahaja menindas orang Islam, malahan orang Kristian, malahan orang Yahudi yang anti-zionis itu sendiri.


Oleh kerana itu, bagi umat Islam, masalah utama adalah bukan agama Yahudi atau bangsa Yahudi, tetapi Zionisme. Sebagaimana gerakan anti-Nazi tidak sepatutnya membenci keseluruhan masyarakat Jerman, maka seseorang yang menentang Zionisme tidak sepatutnya menyalahkan semua orang Yahudi.


Tetapi,kita tetap kena benci yahudi kerana yahudi banyak merosakkan umat Islam sekarang. Contohnya dari segi masalah sosial, budaya barat, muzik dan lain-lain. Diriwayatkan di akhir zaman akan ada perang besar antara Islam (Nabi Isa a.s.) dengan yahudi( Dajal dan pasukannya yahudi). Nabi Isa a.s. akan datang membunuh Dajal.


Wallahualam..



P/s : Negara-negara Arab dan negara -negara Islam perlu bersatu jatuhkan Israel untuk bela Palestin.Geram apa yang jadi kat Gaza!! Apa yang boleh kita buat?? Baik kita berdoa.Doalah senjata orang mukmin..Kondem org sane, kondem sini, ada perubahan ker? Sekarang kan akhir zaman, benda2 korupsi,pembohongan, konspirasi dan lain2 ni tak dpt nak elak..Itulah petanda2 kecil akhir zaman..Beringat lah sebelum terantuk wehh!haha..

Friday, May 28, 2010

Toyota Harrier Yang Terhebat..




Pomm! Pomm! Pomm!!




Sayup kedengaran kelantangan ekzos sebuah motosikal Yamaha yang sedang mencelah-celah di sebalik kesibukan dan kesesakan lalu lintas Petaling Jaya..

Dan..

Kelihatan penunggang jentera tersebut mengalami kesukaran menambah kelajuan pacuan dua rodanya.


Dia terdetik, " Jem teruk.. Baik shortcut ikut gate belakang UM nih! Tapi bukak ke??


Tiba-tiba beliau terpandang sebuah Toyota Harrier warna putih meluru masuk ke simpang yang menuju gate belakang. Yakin sungguh driver dia.


"Heheh. Sah bukak nie! ", rider tersebut tersenyum.


Beliau terus meluru sambil layan corner simpang yang tak berapa corner..




"Aaahh!!"



Tiba-tiba Toyota Harrier tersebut dgn bangga buat u turn tanpa membrek..




"Kenapa kau tertutup lak gate?Mane pakcik Sekuriti ni?"


"Aku sakit perut ni!!
"



Ciss!!

Thursday, May 20, 2010

Telur Pink...

Lokasi : Bendang di Sg Burong, Tanjung Karang..
Masa : Nak dekat waktu lunch dah nie.



Pencarik Serangga 1: Panasnye..

Pencarik Serangga 2: Eh, ada telur kaler pink laaa..Tengok kat daun padi tu! Banyaknyer..

Pencarik Serangga 1: Kat mane? Oh, telur cakcibor tuh...Pepatung.

Pencarik Serangga 2: Yeke..Telur dia bukan dalam air ke? Tipu..

Pencarik Serangga 1: Betul..(sambil senyum2)



Tiba-tiba datang brader pemandu Land Cruiser terhebat..


Pemandu: Tu telur siput gondang lah! Makcik hujung bendang tu hah bagitau..








P/s: Kalau siput gondang masak lemak cili api sedap tak??

Saturday, May 15, 2010

Demo Loni Tok Serupo Mulo!



Sedikit sedutan dari Berita Luar Negara

(Sumber: Utusan Malaysia Online)


WASHINGTON 14 Mei -

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama meminta Kongres meluluskan peruntukan AS$205 juta (RM697 juta) untuk membantu Israel mempercepatkan penempatan sistem pertahanan roket di kawasan sempadannya.Sistem 'Kubah Besi' Israel bertujuan untuk meminta roket yang dilancarkan dari Genting Gaza dan Lebanon.



Kita kunci lirik di situ!!!





Cis!! Rokok Amerika..Baju Amerika..Seluar Amerika!!


Sokong la Amerika lagik!


Demo Loni Tok Serupo Mulo!!





Nota kaki: Buta hati. Apa yang Amerika buat semua ckp betul.. Sistem penduduk, pemerintahan, ekonomi.. jgn taksub la weh!!

Wednesday, May 12, 2010

Thomas ke Tumis(To Miss)??

Hahahahahhhah!!




Hantaran ke tengah!




Siapa yang nak ambil??









P/s : Komen dari pengulas sukan piala Thomas beregu Malaysia lwn Denmark di TV1

Monday, May 10, 2010

Trimas Nigeria!!

Sedutan di atas wayar Berita Harian pada 10.5.2010 merangkap hari Isnin..





Selepas sedikit kekalutan, Persatuan Badminton Dunia (BWF) akhirnya mengisytiharkan Malaysia meraih kemenangan percuma 5-0 ke atas wakil Afrika, Nigeria yang gagal 'menunjukkan muka' dalam perlawanan pembukaan Kumpulan B Piala Thomas, semalam.



Ditanya kenapa BWF agak lewat untuk membuat keputusan itu, Lund yang turut ditemani ketua pengadil pertandingan, Mojmir Hnilica dari Republik Czech, berkata pihaknya mahu memastikan kesahihan berita bahawa pesawat Nigeria terkandas, bukannya sengaja tidak menghadirkan diri.Ketiadaan pasukan Nigeria menimbulkan tanda tanya tatkala tiga pegawai pasukan mereka sudah pun tiba sejak jam 3 petang semalam.



“Kami sendiri kebingungan kenapa pasukan kami belum tiba sedangkan mereka berangkat lebih awal daripada kami,” kata salah seorang pegawainya yang enggan dikenali. “Kami sedang berusaha menyelesaikan kekusutan ini tetapi yang pasti kami tidak akan bertanding melawan Malaysia hari ini (semalam).”










Anda jumpa kata kunci petikan di atas???













Persoalannya..Kenapa???










P/s: Mungkin player yang masuk Piala Thomas join World Cup bulan 6 ni. Takut injured...

Sunday, May 9, 2010

Pokok Belimbing Besi..

Pagi tadi baru balik dari ziarah arwah moyang saudara yang meninggal.
(Al-Fatihah)...

Terpaksa la tangguh balik KL hari ni. Kecemasan kan..



Masa lepak depan rumah, ternampak pemandangan kurang enak di mata..


"Cis, dah tumbang pulak pokok belimbing ni..Tahu la dah tadek daun ngn buah, jangan la memberontak! "


Aku terus buat spotcheck kat setor kepunyaan ayah aku. "Haa, jumpa..Tajam berkilat ni! "


Perghh!


Memang best gergaji pokok ni,smooth jer(kalau tajam). Last2 tinggal sebatang dahan yg agak besar dan perkasa.



Aku dgn laju zipzapzipzapp..Tak tahu kenapa laju sangat tangan masa tu..








"Pappp!!!!!"






Aku terus masuk rumah.."Adik, buatkan air oren," sambil buang
kerengga dari rambut aku.









Sakit jugak rasa kena hempap yerk..




Pesanan : Jangan exicted sangat pegang gergaji wehh!!

Dinar Emas Penyelamat!!!

Katakan tidak kepada wang ringgit,dolar dan euro.....


Lihat blog ini..







Friday, May 7, 2010

Dinar Emas????

Pernah jumpa atau pegang??




dinar emas atau juga dirham?







Dinar emas...

Wednesday, May 5, 2010

Bank-Bank Boom!



Bank Islam, Bank CiMB Islamic, dgn Tabung Haji


Siapa yang ada akaun dalam bank-bank atas ni??

Anda disyorkan.Aku ada semua akaun ni tapi CIMB belum convert jadi CIMB Islamic..






Jom kite reramai bukak akaun ni..Peace!






P/s ; Sebenarnya ada 17 Perbankan Islam di Malaysia..

Kawan Muslim ke?Cis..

Kawan.

Siape ade kawan?Angkat tangan ande cepat-cepat.Takde kawan,pegi cari cepat-cepat nun..heheh. Ada macam2 jenis kawan kan yg kome sendiri sedia maklum.Jadik, malas nak citer panjang2 sebab nak tgk Bang2 Boom kat tv3 nieh..

Kawan2 aku yang ekstrem pasal agama dgn isu Islam ni ramai la jugak. Pantang keluar je isu agama, tak kira la kat TV3,Tv9,Tv1 atau kat Berita harian atau sewaktu dengannye,perghh! Bukan main marah lagik beliau2 itu..Mula la berbuih2 mulut mereka2 ni berceramah dekat org lain dan membangkang habis-habisan sampai nak ajk minum pun tak mahu.Cis! Tak ksian ke kat aku yg dahaga nie??

Persoalannya sekarang, cermin la peribadi kome2 sekalian..Nasihat ni utk semua2 di sana yer,bukan utk kawan2 aku je. Siapa makan KFC dia yg terase sedapnyer. Tak salah kalau korg nak bg nasihat atau pendapat atau juga menegakkan kebenaran.Ini tak, hutang tak bayar.Buat selamber wawa je beliau2 ni.Kalau hutang dgn dia laju je mintak, tak sempat ambik resit kat cashier.Cis! Bab semayang pulak,terang-terang mereka2 ni manis di mulut je cam coklet nano2 tu.Suam2 kuku je,nak abis waktu baru la ligat amik wuduk..Byk lagi perlakuan2 yang tak setimpal atau tak patut mereka ni buat.

Kita bukannya nak kondem org lain tp bagi mata korg terang sket.Kalau nak bg pendapat kena la menilai diri sendiri dulu, camane la org lain nak dgr bila tgk hobi buruk kita tu kan.Betul tak??aku pun byk kekuranganye dlm bab-bab agama ni.Tapi pernah la pegi kelas agama rakyat dr tahun2 sampai tahun 5 je.haha..grad cepat sket.Wokeh.Renung-renungkan dan selamat beramal-amal.Siapa makan pengat, sndiri mahu ingat!! Peace.No war!


P/s ; mengidam pengat pisang pulak.Cis!

Check.check..Rock.Rock!!!

Peace!!!

Thursday, February 4, 2010

Karutan Dari Tajuk Entri-Entri di Kala Lampau...


Peace!!

Bulan ramadhan muncul la pulak, kena prepare puase pertame ni. Aikk, UM Convocation 2009 lagi camne dgn predator teman yang ensem, kena pergi amik motor ekzos pom pom pomm cepat-cepat nak kemas barang fieldwork.Wahh, nak berbuka dah wehh!! Tak boleh jadik, aku kena balik kuale secepat mungkin nih. Eh, tapi aku tak try main meriam budak jiran sebelah lagik..Lantak lah, aku nak tgk hero-hero liverpool yang skor semalam..Spoil betol la, esok balik kl bas 2.30 petang pulak dah..


Hmm, kalau aku terbang sambil nyanyi lagu duniaku okey jugek yerk..Boleh singgah kat Giant Ipoh makan ayam golek yang lazat! Nyum2..heheh.Tambah ais kacang satu lagi..Perghh!! Walawehhh..Pesta panjut kat tepi sungai Perak laa,tema kerana buah durian pulak tu..Eh,budak2 mane mata bulat duduk tengah2 hujan lebat nie?? Laaa, band hujan dan the Strokes rupenyer..Vokalis the Strokes tiba2 menjerit lak, “Come on,just for fun!!” Cis, sebab geram aku suh kucing makan rumput sbb nak bagi feeling balik kampong..OK ker??


“Selamat berayer geng..Maaf zahir batin!!” , keluar dr mulut aku pas beraye sakan kat area KL. Tak ingat dah kat mane time tu. Member pulak cerita jumpa hantu raye kat rumah terbukak kat area jln Klang Lama..Seram sekejap. Lantas,aku teringat aku dah cukup 23taun akhirnyer.Hahah..Eh, ade paper Utusan lak sebelah.Hmm, ape berita arini? Org gila pon kaye wehh?The Strokes Junior dtg Malaysia??Ish, dapat loteri 1.57 billion??


Tipu betol la, baik aku pegi makan meggi kari terapung yg sejuk tadi dgn air mineral sungguh bermineral..Dah sempit2 duit ni kena carik tip-tips untuk org tersengkek bulan nie. Google jap la.. Ceh, apasal keluar petua-petua utk student tersengkek tersadung pulak nieh??! Alamak, ade Rock N Ride ke Port Dickson la bulan ni. Cis, Dizember ke Disember bulan ni?Konpius..


Aiiih, lebat bebenor hujan wehh, camne nak tengok hari juara nyanyi ke-24 weyhh! Hari ni 10.1.10 ker ke 10 Januari 2010.Kat mane la aku letak mainan di kala fieldwork, nak bawak pegi ride pembukaan Riders Malaya Community(RMC) 2010 ni..Hulaaahuuppp! Aku nak pg mission to Behrang ngn MRC Happy Hour Ride!! Yearrghh, emerging menjadik Valentino Rossi utk ride santai Royal Town Rock yang mmg rock santai wehh!! =)