Saturday, June 26, 2010

Vuvuzela Pendengung Gegendang!


Inilah Vuvuzela a.ka. trompet Afrika yg bunyi macam perkampungan lebah-lebah sedunia bermesyuarat






Tuptaptuptap,

Sedar tak sedar,Piala Dunia 2010 sudah masuk ke pusingan ke-2, yg merupakan peringkat kalah mati..Bahaya kan main bola ni.


Mengikut analisis taburan penduduk di persiaran Mentari, Sunway menunjukkan hampir 50peratus penonton gila bola ni mengantuk sakan..Bukan saje time kerja, time tgk bola pun mengantuk wehh!!


Mungkin sebab corak permainan bola oleh sesetengah pasukan yg tidak umphh, macam Perancis bertemu Uruguay dulu. Amat mengecewakan jiwa dan raga.. Perancis yer, bukan Uruguay..Rugilah time world cup ni mengantuk, terlepas pulak rembatan Leman Messi atau Daud Villa kan.



Haha.Sebenarnya nak bagi tips-tips penahan mengantuk time tgk World Cup nanti untuk semua penonton tegar World Cup 2010 nieh..Spesel untuk lelaki.




~Bawa Minyak Cap Kapak~

Pinjam botol minyak cap kapak isteri atau mak anda dan bawa ke mana-mana port bola yg korang suka.Time rasa mengantuk,taruk la sikit kat atas dahi dgn kelopak mata tu. Berkesan wehh..


~Kopi O Kaw 2 Gelas~

Memang la ni tips biasa tp memang mujarab.Tak kesah la ais atau panas. Janji kopi O kaw 2 gelas yerkk..Aku rekemen kopi O kat mamak Subaidah.Memang kelam..



~Jerit Sepenuh Jiwa~

Goaaal!!!!!!! Agak-agak macam nak masuk goal tu jerit la puas-puas.. Jangan la segan-segan sebab ada awek cun kat sebelah kome kontrol2 pulak.Cis! !



~Jeling-Jeling Kiri Kanan~

Tipulah masa tgk bola tak tgk perempuan kiri kanan.Heheh..Pantang ada amoi cun comel sket lalu jer mmg tak lepas pandang.Ye dak?Sekali je weh..Jgn dua kali.Haha..Dosa.




P/s : Pasukan underdogs Ghana,Korea selatan dan Mexico menjadi pilihan hati selain Spain dan England.Korg? Tak lupa salam takziah kpd team Perancis dan Italy.Mesti pasni dorg lepak tgk bola kat skrin besor mamak Subaidah..heheh.

Friday, June 18, 2010

Kuasa Hebat Terjelepuk!!

Keputusan Terhebat Semasa


Spain 0-1 Switzerland
(Ranking Spain-2, Switzerland 24)


France 0-2 Mexico
(Ranking France-9,Mexico-17)


Germany 0-1 Serbia
(Ranking Germany-6,Serbia-15)




P/s : Gudluck kpd pasukan England yang akan bertemu algeria 2.30pg ni. Harap2 Capello letak gam ubi kat gloves si Green..Peace!

Tuesday, June 8, 2010

King of Yummy!!

Minggu lepas sy balik kampung..


Kat mane??




Kat Kualer Kangsor.

Tahu?

Kecewa amat2..



Sebab ape??

Nak bagitau ke?






Pokok durian tak berbunga!!


Camne nak makan durian masa final world cup nanti??Cis!

BerUno Kite Teguh!!

Mari kita bersatu!!



P/s: ketepikan pemikiran dan ideologi politik anda demi agama..Islam!!

Saturday, June 5, 2010

Zionis ke Mayonis??




Katakan Tidak Kepada Israel??

Atau

Zionis??





Sejarah Nama Israel..
Israel ialah nama gelaran kepada Nabi Allah Yaakub a.s. Tersusun dari dua kalimat Ibrani (Bahasa Hebrew). Isra ertinya Hamba. El ertinya Allah. Jadi Israel ertinya Hamba yang menjadi pilihanNya. Bani Israel ialah anak-anak Nabi Allah Yaakub. Yakni anak-anak cucu keturunannya yang kemudiannya digelarkan dengan nama Kaum Yahudi. Selanjutnya.



Perintis Zionisme..
1896 Theodor Herzl Yahudi kelahiran Budapest mengasaskan pembentukan Negara Yahudi moden. Tujuannya untuk menuntut dan membuat negara untuk orang Yahudi di Palestine, disokong oleh wang hasil sumbangan dari seluruh orang Yahudi di dunia. Herzl ini juga dikenal pendiri zionisme, yang juga tidak disetujui oleh orang Yahudinya sendiri.



Bezakan Yahudi dan Zionis...
Menurut Mufti Perlis Dr Juanda Jaya, umat Islam perlu membezakan Yahudi dan Zionis.Kita perlu membezakan antara Yahudi dan Zionis. Kita tidak membenci Yahudi, kita tidak membenci Kristian. Apa yang kita benci ialah Zionisme, iaitu penjajahan yang telah berlaku di Palestin. Penjajahan itu bukan sahaja menindas orang Islam, malahan orang Kristian, malahan orang Yahudi yang anti-zionis itu sendiri.


Oleh kerana itu, bagi umat Islam, masalah utama adalah bukan agama Yahudi atau bangsa Yahudi, tetapi Zionisme. Sebagaimana gerakan anti-Nazi tidak sepatutnya membenci keseluruhan masyarakat Jerman, maka seseorang yang menentang Zionisme tidak sepatutnya menyalahkan semua orang Yahudi.


Tetapi,kita tetap kena benci yahudi kerana yahudi banyak merosakkan umat Islam sekarang. Contohnya dari segi masalah sosial, budaya barat, muzik dan lain-lain. Diriwayatkan di akhir zaman akan ada perang besar antara Islam (Nabi Isa a.s.) dengan yahudi( Dajal dan pasukannya yahudi). Nabi Isa a.s. akan datang membunuh Dajal.


Wallahualam..



P/s : Negara-negara Arab dan negara -negara Islam perlu bersatu jatuhkan Israel untuk bela Palestin.Geram apa yang jadi kat Gaza!! Apa yang boleh kita buat?? Baik kita berdoa.Doalah senjata orang mukmin..Kondem org sane, kondem sini, ada perubahan ker? Sekarang kan akhir zaman, benda2 korupsi,pembohongan, konspirasi dan lain2 ni tak dpt nak elak..Itulah petanda2 kecil akhir zaman..Beringat lah sebelum terantuk wehh!haha..