Saturday, January 8, 2011

Manzil...

Manzil.

Man-zil...

Hmm, macam pernah dengar manzil ni kan..Tp ape mende manzil ni?

Risalah kecil iaitu "Manzil" merupakan ayat himpunan pilihan ayat-ayat al-Quran yang telah diajar oleh Rasulullah S.A.W. kepada para sahabat.

Kelebihan manzil ini antaranya sebagai ayat penyembuhan beberapa jenis penyakit zahir dan batin serta pelindung dari serangan sihir atau ilmu syaitan.

(Dalam satu hadis sahih yang dicatatkan dalam sebuah kitab "Hayatus-sahabat", Ubai Ibn Kaab ra meriwayatkan Rasulullah SAW merawat seorang sahabat yang mempunyai sejenis penyakit gila dengan menggunakan ayat-ayat manzil ini) 

Manzil ini boleh dijadikan sebagai bekalan kita untuk menghadapi segala ancaman mereka yang berniat buruk atau bersifat mazmumah.Mereka yang beristiqamah dan selalu mengamalkan manzil ini akan mendapat banyak kebaikan.

Cara menggunakan manzil dengan cara pesakit itu membaca ayat-ayat tersebut atau orang lain membacakannya dan menghembus ke atas segelas air atau sebaldi air kemudian air itu diminum atau dimandikan kpd pesakit.

Berikut merupakan ayat-ayat al-Quran yang boleh dijadikan sebagai ayat-ayat Manzil.

-Al-Fatihah:1-7

-Al-Baqarah:1-5

-Al-Baqarah:163

-Al-Baqarah:255-257

-Al-Baqarah:284-286

-Ali-Imran 3:18

-Ali-Imran:26-27

-Al-A'raaf:54-56

-Al-Isra:110-111

-Al-Mu'minun:115-118

-As-Shaffat:1-11

-Ar-Rahman:33-40

-Al-Hasyr:21-24

-Al-Kafirun:1-6

-Al-Jin:1-4

-Al-Ikhlas:1-4

-Al-Falaq:1-5

-An-Nas:1-6

Insyaallah, semoga manzil ini berguna untuk amalan kita seharian...Rupa-rupanya sebahagian ayat-ayat ini telah aku amalkan dari sekolah rendah lagi.Ada seorang ustazah pernah pesan amalkan selepas solat. Info ini juga kita boleh kongsi dengan rakan-rakan yang lain =)

Sumber : Manzil Resam Uthmani terbitan Al-Hidayah yang disusun oleh Sheikhul Hadith Maulana Muhamad Zakaria.

P/s: Manzil ini aku kongsikan di sini selepas membaca sebuah buku yg dapat free dari majlis kahwin anak seorang ahli Exco Kuala kangsar.Selalu dapat bunga telur atau muffin, memang rare lahh dapat manzil.. Semoga beliau mendapat pahala berlipat ganda.Amiin...