Thursday, December 10, 2009

Cis, Dizember ke Disember?


Check2.Rock-rock..

Try teka band aper??heheh.kalau betol,5 markah untuk anda..Hadiah tadek.



December,Disember atau Dizember ini merupakan bulan yang ditunggu2 oleh sume org, tak kira muda,separuh muda dan org tua jugek.

Apa yg best sebenarnyer bulan ni.Kalau kome perasan atau tak terperasan atau juge sengaja terlupa, bulan 12 menjadi pilihan utk aktiviti2 dan event2 bagi family,org bujang, couple serta kelab2 motor dan persatuan wanita dan lagi sewaktu dgnnye.




~Bersunat atau Berkhatan~

Bila bersunat jek bulan12. Apsal bukan bulan 4 ker..Cuti pertengahan tahun ke. Seminggu pun dah cukup dah pantang.Makan ikan bilis jek. Jgn pegi bedal peha ayam lak!Tp aku pun buat bln 12 jugak dulu.haha..



~Zoom2 Malaysia~

Hah.Ni yang best ni! Ni yg syok ni! Jalan2 dgn family..Dari gerik,pegi kelantan,teganu,cherating terus pegi genting.haha,Terbaik arr..Tp bulan12 mmg sesuai utk satu family meluangkan masa dan duit pun habis jugek.



~Kendurik Kawen~

Kendurik kawen = Bulan disember. Time2 bulan12 ni,mmg masyuk ar Persatuan Kompang Semalaysia, Satu kampung je dah 10kepala tempah.Perghh!! Best jugak kendurik kawen. Hari2 kita melantak nasik minyak wehh!



~Amek Lesen~

Sekolah2 memandu satu malaysia mengalami traffic jam yg teruk masa bln12 ni. heheh. Sape suruh amek ramai budak2 tu.Kan dah tak cukup kete ngn cikgu! Kena buat kelas malam lak nanti..




~Konvoi 3Hari 2Malam~

Hujung2 tahun ni mmg banyak konvoi2 jelajah malaysia bg kelab2 dan komuniti kereta atau motor. Siap ada BBQ lagik malam2..Ok.Sesape nak join konvoi motor ke JB pd 20hb ni contact aku yek. Ada 1tempat je lagik,bayar RM80 bagi kos penginapan dan mknan.




~Shopping Sampei Lebam~

Heheh.Golongan2 wanita dan gadis2 suka le bila dgr sales2 ni.Asal ada sales je shopping.Cis!
Pakainye tak pun.Asek nak membeli jek! Kalau tak ke Sogo, Midvalley,Ou,Sunway Pyramid, Mines,ape lagi ade..Mmg tak sah ye kome.Jgn marah ye gadis2 =)





P/s:
Teringat time aku bersunat dulu,kesan ubat bius dah abis.Aku makan ubat bius cpt sangat. Giliran 2nd last plak tu.Ciss!










Tuesday, November 24, 2009

Rock N Ride ke Port Dickson!

Rock n ride!!

Sekian lame berfieldwork dan busy tolong member2 di field, aku join geng2 Pj dan Rawang men'ride'kan diri ke Port Dickson sambil cuci mata2 kami yang dah berkelabu nie.heheh..


Antara sedutan dan paparan perjalanan kami..


Antara moto kelajuan melampau.. leh potong kancil nieh.haha

Servis2 sbelum tak terservis nanti. cantik mto merah tu.sape punye la yek.heheh

.
Machine2 jiwa kelajuan berehat sebentar kat parking. tuan2 sumer dah ke laut!



Member(Ipin) yg bergaya dngn spek Rayban beliau.ciss!



Kontigen2 konvoi yang pura2 tak penat..xjumpe air.Apek aiskrim je ade situ.

Cameraman yang berbaju biru tu. warga UIA gombak.Peace bro!



Awek tertanam separuh badan.tadek keje lain ke.men timbus2 lak.


Rider2 terlampau yg survived.haha..




P/s : Credit to Stevoc, Epoi Rawang, Zarep, Epi Bangi dan Geng2 Rawang.


Rock n ride gengg!!


Wednesday, November 4, 2009

Petua-Petua Utk Student Tersengkek Tersadung Pulak..

Ramai yang pernah merasa betapa peritnya kehidupan sebagai student,
lebih2 lagi kalau dapat pinjaman PTPTN sekadar cukup2 makan jek..
Masa aku student dulu tinggal seratus jek dlm akaun tiap2 sem ..
Mane cukup wehh nak makan Kenny Rogers! Siap ade hutang lagi dekat seribu lak tu.
Ciss!!
Jeles aku kat budak2 Uxxx..Yuran murah..Awek2 ramai lak tu.Eh..
Poket dorg mesti berkepul2 duit..





Ok..
Tips2 Yang Mungkin Kome Terguna Nanti Utk Berjimat..




~Carik Water Cooler~

Dah dapat?
Haa..pastu amik botol 2.5liter taruk la sampai penuh..
Pastikan botol tu sentiasa penuh utk bekalan korg tiap2 hari..
Kan jimat tuh..Kan xpayah beli air sirap dah time lunch dngn dinner.




~Pergi Kedai 99Mart atau Kedai Balaji~

Pergi ke rak roti2...
Beli roti Gardenia bonanza dgn sekaya..
Korg boleh makan bila2 jer..Boleh ganti makan malam.Murah pulak tu
Lagipun roti Gardenia kan sedap dimakan begitu sahaja.heheh.




~Berhibernasi~

Sesape pun dah biasa dah buat.
Tidor sampai dah xlarat nak pejam mata dah.
Sedar2 dah maghrib..Ni dah kena panah petir kalau camni..
Masa study week boleh la buat yek..
Mau kene heret dgn lecturer kalau hari biasa ..




~Telefon Parents~

"Hello..Asslamulaikum,mak ke nie? rindu la kat mak dan abah..
Dah lama tak jumpa. Angah teringin la makan ikan bakar kat Medan Istana tuh.
Boleh eh mak?"

Haha..taktik camni pun boleh pakai juga.Mak bapak mesti tak sampai hati punya lah..
Kan dah sep makan tengahari.Pastu tapau la bawak balik kolej.





~Terlupa~

Trend lame gak jugak la..Tp kdg2 berguna jugak wehh.Try la =)

"Ko order ape tadi mat? Alaa...Hmm, wallet aku tinggal ar atas mane ntah.Ko bayor dulu kan nasik aku bleh? ? Hehe..Nanti2 la aku bayor blk yek.. "

Member2 korg dah tau taktik lame nie.Tp member2 punya pasal kan..Haha~


Amaran lembut: Petua atas ni jangan cuba time2 korg tgh duit berkepul2 yek..




Tuesday, November 3, 2009

Tips-tips Untuk Org Tersengkek Bulan Nie..

Jangan tersengih yek..

Bagi kakitangan kerajaan yg masuk gaji 8hb bulan lepas mesti dah tergeliat2 memikirkan cara utk men'sep'kan duit anda untuk bulan ni.Yelaa.Gaji bulan 11 masuk 25hb tu.. Msti dah panas-panas dah buntut nak bayar hutang.Bukan takat ikat perut, mesti dah sampai tahap pakai rantai besi.hahaa..Tergelak pulak.

Ini merupakan tips-tips yang simple pimples tp sukses lagi sempoi untuk menolong anda hidup bulan ni..


~Kutip Botol Dgn Tin Kosong~

Kome dah boleh start kutip botol2 dgn tin2 kosong banyak-banyak.Pastu jual kat kilang2 cam kicap Tamin ke.. Lepas la makan 2-3hari.Sesiapa yg dok kawasan taman2 lagi best. Boleh bayangkan berbakul2 botol kicap yang kome boleh kutip..haha.


~Jual Paper Lama~

Jual suratkabor atau newspaper ni mmg femes la dulu2. Tipu la kat rumah kome tadek paper2 lame ni..Mesti dapat dlm 5kilo paling koman pun.Dapat la makan megi kari mawi tu seminggu.


~Tumpang Kawan~

Buat2 alasan kereta atau motor anda rosak takpun kaburetor tersumbat ke. Pastu cepat2 buat muke Spongebob. Mesti kawan-kawan sudi tumpangkan kome ke tmpt keje. Konfem minyak anda jimat utk bulan ni. Tp jangan buat hari2 yek. Mahu kome kene pelangkung 2-3 kali..

~Makan burger~

Sesiapa yg selalu makan nasi malam2 tu boleh la tukar diet anda kepada menu burger. Konfem jimat dan lazat..Setiap hari boleh mkn menu beger yg berbeza. Kome boleh makan beger daging,ayam,banjo, hotdog atau lain2. Aku cadangkan makan beger Otai takpun bege makcik kat Mentari Court.Tp jgn pulak pegi Burger King kat Midvalley tu yek.

~Tunggu Kawan FastFood Balik~

Ni paling best.. Standby kat umah sewa sambil tgk cite Sumpah Bunian. Pastu tggu kawan kome yang keje KFC,MCd, Starbucks atau Dunkin Donut bawak balik berbungkus2 makanan lebeh..heehheh. Berbaloi2.


Saturday, October 31, 2009

Air Mineral Sungguh..

Di hotel murah sekinchan yang beresit rm50 satu malam yg dihuni 3 0rg jejaka KL.


Tekak aku berasa dahaga.. Aku ternampak 2 botol mineral tepacak atas meja.


Aku amek satu minum 2 teguk...


Sorg member aku atas katil tiba2 gelak.


Member aku keluar toilet, "ko minum botol yg penuh ke satu lagi?"


"Penuh" aku jawab ..


"Heheh..Tu air ujan aku tadah utk kumbang aku", member aku tersengih cam kerang..



P/s : Aku baru balik fieldwork 4hari kat Sekinchan..Operasi mencari serangga =)


Tuesday, October 13, 2009

Meggi Kari Terapungg..


Tahun 2002. .
Peristiwa satu malam di blok asrama lelaki MRSM Transkrian ,Nibong Tebal.
Jam12 malam..




Botoi : Weh lapor..
Acong: Lapor makan ler..Tp aku pon lapor ni. Hang ade ape dlm locker?
Botoi :Ade meggi kari 2peket.siap ade tanda harga lagi.nak??
Aku: Hehe.kome buat lebeh2 sket yer.
Acong: Cantekk ar.. pegi ler amek air kat water cooler nun!
Botoi: Aku jugek..dah le meggi aku wehh.


Acong pun mengalah dan cepat2 berlari amek air panas..dan balik ke bilik dgn perasaan hampa.

Acong : Adoi Botoi! Satu water cooler dah rosak..satu lagik air tak keluar. Sumbat kot.
Botoi: Kite pegi dewan makan la. Sane ade satu. Jom!! Temankan aku wehh..
Acong: Jom2..pakai kain pun takper kan (sengih2)
Aku: Aku ikut sekali ler..tolong cover line kot ade Pak Nan kang!


Di dewan makan..

Botoi : Alamak wehh.Gelap la pulak.
Acong : Amek je cepat! Umah Pak Nan sebelah ni jer. Mati kite kang!!
Aku : Aah. Kot2 Pak Nan pun nak meggi.Kantoi kite..


Sampai di bilik..

Acong : Nyum2..rase2 nyer dah 5minit kite berjalan tadi.. dah boleh makan kot!
Botoi : Ehh, ngaper terapung2 lak serbuk kari nie..
Acong :Ciss, ko ubuh air sejuk botoi??!!
Botoi: Gelap...
Aku : Adoi,melepas aku nak mkn wehh..



P/s : Pak Nan merupakan ketua warden di Transkrian. Beliau selalu round2 selepas light off utk pastikan budak2 dah tidur dan tak buat aktiviti2 luar tabii =)



Friday, October 9, 2009

1.57 Billion..



Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia, 9 Oktober 2009...


Penduduk Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang penduduk dunia.


Laporan oleh Forum Pew Agama dan Kehidupan Awam itu menyediakan satu angka tepat yang sebelum ini jumlahnya hanya dianggarkan. Projek yang mengambil masa selama tiga tahun itu turut mendedahkan kenyataan-kenyataan yang mungkin mengejutkan.

Jerman mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Lebanon; China mempunyai lebih ramai penduduk Islam daripada Syria dan Rusia pula mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Jordan dan Libya.


Agama Islam sebagai agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian, yang dianggarkan mempunyai antara 2.1 bilion hingga 2.2 bilion penganut.


Laporan turut mendedahkan bahawa meskipun nadi Islam terletak di Asia Barat, bilangan terbesar umat Islam adalah di Asia iaitu meliputi lebih 60 peratus.


Asia Barat dan Afrika Utara hanya mewakili kira-kira 20 peratus umat Islam, 15 peratus di Afrika Sub-Saharan, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.


Seramai 317 juta penduduk Islam atau satu per lima daripada jumlah keseluruhan penduduk Islam pula tinggal di negara yang penduduknya bukan majoriti Islam.


Sebanyak 10 negara telah disenarai mempunyai penduduk dua per tiga beragama Islam iaitu Indonesia, Pakistan, India, Bangladesh, Iran, Turki, Mesir, Algeria, Maghribi dan Nigeria







Thursday, October 8, 2009

The Strokes Junior!!





Aku dan my 2nd brader..
Haha..Tak ingat umor bape mase ni.
Dah benti minum susu kot..

Tuesday, October 6, 2009

Org Gila Pun Kaye Wehh..

Lokasi kejadian : Maybank Sunway

Jam : 6.30 Petang..

Saksi : 5 Org lelaki Cina.. 1 org gadis melayu dan Encik Meor

Insiden :

Aku sebenarnye nak pegi bank in duit sewa umah kat owner. Tgh syok2 beratur, tiba2 adalah sorg cina nyonya ni kacau kakak tu nak msuk duit kat mesin cash deposit..

"Haiya, lu jgn calling2 la masa ni, org lain tgh beratur . cepatlah, masukan la duit tu dulu", nyonya tu berspeaking omputeh (tolong translate). Akak tu pun tepis2 la nyonya tu cam tepis lalat. mane taknye, nyonya tu pulak nak g tekan skrin tu..Org lain dah merungut2, mesti nyonya tu nak buat hal.

Lepas akak tu blah dgn lajunye, nyonya tu lak terpacak dpn skrin mesin tu.. Aku tgk die dah meraba2 skrin tu. "Dlm hati aku, ade ke duit die nak masuk.. dah sah org tak betul ni. tekan skrin pon tak tau".

Sorg apek tolong la dia sbb dah tgk cam merapu semacam jek. Tiba2 dia keluarkan shelai kertas terus isi no akaun dengan konpiden.. Pastu berkepul2 duit hijau kebiruan dia bwk keluar dr beg. Dan selamber wawa nyer dia masukan dlm mesin.. Semua org kat situ terkesima sekejap dan terkedu.hahaa..


P/s : Nyonya tu dah la pakai kasut sebelah tinggi.. Baju selekeh jek.. bawak plastik cam biase org gila bawak.hahaa..ingat tak betul.kaye rupenyer beliau..kalo kome tgk mesti tak percaye pnyer.


Sunday, October 4, 2009

Cukup 23 Taun Akhirnye..Hahah

4 Oktober 2009..

Hari ahad..

Cukup la 23 tahun arinik..


heheh...


P/s :Nak g celebrate besday ke pegi open house?
hmmm..

Friday, October 2, 2009

Rumah Terbukak...




Jom pegi Open house geng ..

Makan sampei buncit wehh..

heheh =)

Sunday, September 27, 2009

Hantu Raye..

Raye.Raye..Rayer..

Ingat org je pegi beraye..tak jugak weii..

Ini pengalaman time kecik2 dulu kat kampung..
Baru teringat semalam mase minum nescafe pree kat rnr tapah..

Mase kejadian tu hari raya ke3 kalau tak silap. .

Tengah syok2 men beskal ngn jiran, aku nampak adik aku kat ujung jln dekat bendang terbiar..

Beliau siap lambai2 lagi cam suh pollow je. Mcm ade projek baik je ni.hehheh.Aku pn kayuh lelaju sampai top speed..dah smpai cutoff dah..

Sampai2 je situ tadek pulak dia..Tgk2 dia dah masuk jln kecik yg dah semak samun cam hutan simpan ulu chepor. Jauh dlm 100meter persegi gak le dari tmpt aku.

"Laju benor die berembat" , dlm hati aku.. ahh. malas le. baik aku balik makan lemang.

Sampai je umah teros ke dapur tgk2 adik aku ngah syok men ps.. geram benor aku rase.
tanye2 dia rupenyer dia tak pegi memane pun.

Dia bgtau terjatuh kat dpn tembok umah amek selipar pastu teros men ps..Abg2 spupu aku siap jadik peguam bela dia lagi..

Hahaa..penin tak kepale kalau dah jadi camtu. Abis sape yg panggil aku tu?
Dah la jln kecik semak samun tu jln ke tanah kubur kampung..

Perghh...



P/s : Esok nak g fieldwork la pulak.. Dah le bru sampei kl kol1 pg tadi. Ngantok2..



Friday, September 18, 2009

Selamat Berayer Geng..Maaf Zahir Batin!









P/s : Sesape sudi bagi duet raye kat teman..meh ler..haha. Selamat balik kampung dan berayer geng. Berhati2 di mana2 sahaja ande berade =)

Thursday, September 17, 2009

Feeling Balik Kampung..


Start hari ahad lepas semua org dah mula blk kampung halaman utk beraye..
Ada yg balik dgn bas ekspres, kereta, komuter, motor, keteapi, kapal tobang, bot laju.sampan..
Naik beskal pon ade kot.

Setiap transport ade feeling blk kampung yg berbeza2..


Bas ekspres~

Naik bas senang dan mudah.Selalunye student yg ramai naik bas ni.
Tiket bas konfem seblum puase dah book. Ondaway g stesen bas leh tgk ragam org nak blk raye.. Ada yg bwk sampai 3 beg.Nak tapau balik kueh raye agaknye.. Masuk bas.. Pastu setting aircond ats kepale. Tidor. Sedar2 dah sampei kampung.. Tp ade gak yg untung2 dapat dok sbelah awek atau lelaki ensem =)



Konvoi Bermotor~

Yg best pasal motor ni anytime boleh balik.Mlm raye pon rilek je tak mengelabah.Biasanye geng2 yang balik naik motor ni lelaki la. Jarang kaum hawa join riding2 blk raye. Konvoi balik raya mmg best.
Pakai riding gear, jacket kulit,gloves, kasut but,mask,beg rider..haha. Mengalahkan brader superbiker..Lebih2 lg kalau berbijik-bijik motor yg join..
Kat highway Plus, kalau boleh setiap RNR yang ade nak benti.. Hisap rokok sepam due(Time balik mlm je) Tak merokok tadek feel kononnye..Tp selalunye depe nk bagi ilang ngantuk. Yg penatye konvoi bemotor ni bila sampei kampung bontot dah jadik papan lapis,pinggang dah krem2..hehe..


Tumpang Kereta~

Ada yg tumpang sepupu, member, abg ipar, kakak angkat dan lain2.Balik naik kereta agk selesa la.. Ada seat belt, boleh dgr radio. Nak tidor guling2 pon tak segan2.haha. Tp driver xboleh la tidor.penumpang free ni je yg boleh.. Minyak pon free. Tp mcm aku hulur2 la sepuloh hengget tadek la rase menumpang sgt. Selalunyer depe tak ambil duit tu. Senyum sorg2 jela aku.hehe..
Yg teruknye naik kete ni konfem jem nenas kat highway 2-3jam. Perjalanan 3jam dah jadi 6jam.. Kat stesen minyakRNR pulak dah berduyun2 kete beratur nk isi miyak.Kalau tunggu boleh siap pergi mandi lagi. Yang penting skali balik dgn kereta ni sampai dgn selamat...



p/s : Nak konvoi bermotor utk blk kampung.Tp konpius nak balik jumaat mlm ke sabtu pagi..hmmmm.


Selamat Hari Raya geng! Maaf Zahir dan Batin =)

Monday, September 14, 2009

Kucing Makan Rumput..



Pernah tak anda terlihat kucing comel anda bermain-main dgn rumput di halaman rumah sambil mengunyahnya takpun mengigit-gigit rumput tersebut..

Tak pernah ke?

Rugi laa kome.... hahaa










p/s : cik green tau kot sebabnye..

Saturday, September 12, 2009

Come On-Just for Fun (from Green si Kucing)

Meluangkan masa sebentar selepas ditag =)

1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.

2. For each question, press the next button to get your answer.

3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.

4. Tag as many friends.

5. Everyone tagged has to do the same thing.

6. Have Fun!




1. IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
Halusinasi - Meet Uncle Hussain



2. HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
Hard to Explain - The Strokes



3. WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
Rasional Emosional -Pesawat (haha..jgn cpat melenting)


4. HOW DO YOU FEEL TODAY?
Take Me Out - Franz Ferdinand



5. WHAT IS YOUR LIFE PURPOSE?
Rock N Roll - Couple (rock ride n roll!)



6. WHAT'S YOUR MOTTO?
Try Your Best - Kaiser Chiefs



7. WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
Make You Smile - +44



8. WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
Uno
- Muse



9. WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
Dont Look back In Anger - Oasis



10. WHAT YOU ALWAYS DO DURING TAKE 5?
I dont Know - Starsailor



11. WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
Sleep - My Chemical Romance



12. WHAT IS YOUR LIFE STORY?
Memories - Cromok



13. WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
My way - Paul Anka


14. WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
Are you Gonna Be My Girl - Jet


15. WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
Out of My Mind - James Blunt



16. WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
Bila Izrail Datang Memanggil - Selimut Putih



17. WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST??
Jiwa Kelajuan- Hujan



18. WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
Suicide Notes - Disagree



19. WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
Oh Oh Oh - China Dolls


20. WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
I Just Wanna Live - Good Charlotte



21. WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
Stop (cukup2 ;er soklan..haha) - Plain White T's



22. WHAT WILL YOU POST THIS AS?
Come On-Bittersweet

Hujan dan The Strokes

Hmm...
Bile sebut pasal hujan teringat pulak kat band Indie, Hujan yg tgh pemes skang..

Apakah persamaan dan perbezaan antara Hujan dan The Strokes ini...Mari kita kaji selidik keledek...






The Strokes




Teori Persamaan..

1. Vokalis band Hujan, Noh mempunyai paras muke yg agk kacak mcm vokalis The Strokes, Julian jugak dan kedua2nye mempunyai haircut yg agk same.. Panjang dan ala2 the Beatles..

2. Kedua2 band ini berkenan benor dgn jaket. asek nak pkai jaket je kejenye.

3. Muzik Indie rock menjadi sumber inspirasi bagi kedua2 band ini. Tanpa muzik indie rock hancur lunyai la depe..

4. Trend seluar skin dan ketat menjadi pujaan hati kedua2 band ini. Nak bukak seluar mesti susah nie..



Teori Perbezaan..

1. The Strokes dah sain dgn pengeluar kasut Converse agknye. Kasut Converse dah jadi trademark mereka. Hujan pulak lebih free style dgn kasut keluaran Adidas dan lain2..

2. Hujan berbakat menyanyi lagu Melayu dan Omputeh tetapi The Strokes hanya boleh nyanyi lagu Omputeh aje sbb tak khatam2 lagi kelas Bm agknyer..

3. Anggota band The Strokes maintain 5org dr tahun 1998 sampai la skrg. Manakala band Hujan kejap2 4org ,kejap2 5org..esok-esok 6org pulak kot..

4. Semua anggota band Hujan bermain alat muzik tp Julian The Strokes berkuasa utk tidak bermain apa2 kecuali pegang mikropon.



p/s : Pernah berambut pjg mcm band The Beatles tp dah potong sbb rimas. Asek nak cucuk2 mate je rambut. Dah la x brape nampak org depan =)

Friday, September 11, 2009

Hujan Lebat!

Hujan ..Hujan..Hujan.. Nape ko lebat??? Ish2...

Tolonglah berenti sebelum pukul6 ni..

Nak redah motor takde bumbung..


Thursday, September 10, 2009

Si Mata Bulat

Tahun 1995, berumur 8 tahun dan baru belajar basuh kasut Bata..


Hobi waktu petang di sebuah kampung yang terletak beribu2 batu nautika dari sempadan Vietnam..


Dengan berbekalkan selipar jepun berkaler hijau muda/biru sebagai senjata dan mata yang tajam...


Sekumpulan budak-budak membaling selipar masing2 dengan rakusnya di kawasan padang hijau yang padat dengan rumput beriklim tropika...


Hasilnya, masing2 berjaya menangkap si mata bulat yang tak bermaya.Yang dah lunyai pun ade.. Ada yang berkaler hijau,biru dan merah..


Seorang pakcik lebai yang asyik memerhatikan gelagat budak2 tu dengan selambernye datang dan mencelah..


" Aii kome nie..tak kesian ke kat cakcibor tu?? Kome nak buat ape dgn dia? Kome tau tak sape2 yg aniaya bintang ni nnt kat neraka kepala dia jadi mcm binatang yg dia aniaya.Haa.. buat laa lagi"



Sejak masa tu mmg aku dgn kwn2 mmg tak main2 dah dgn cakcibor tu..heheh. Betul jugak aku pikir nak buat ape masa tu dgn binatang tu..bukannye reti nak identify spesies dier.


Baik main tuju kasut..kome reti main tak?









P/s : ni la cakcibor atau bahasa melayunyer pepatung..heheh.ade yang xtau..

Wednesday, September 9, 2009

Kerana Buah Durian


Pade suatu ari di bulan Rejab...

Nak jadik cerite..3 org sahabat baik berpakat pergi memburu di kawasan hutan tebal(hutan Royal Belum kot)...sahabat baik tersebut adalah Abu, Borhan dan Acong..Nak meluangkan masa bersame-same la konon.

Semasa berada dlm hutan tersebut, mereka bertembung la dengan segroup org asli yang amat ramai..Muke org asli tu amat la ganas sampai Borhan pon dah terkencing2(ish2).Ketua org asli tu pon bersuare..”Ehem2, korg bertige akan dipancung dan akan dimakan kerana masuk hutan ini tanpe permit..hahaha" beliau gelak ngan kuatnyer..sambungnye. "Kalo kome nak selamat kome bertiga masing2 kena cari dgn bwk balik 10bijik buah dlm hutan ni secepat mungkin ye.."dia pon gelak balek..

Kerana perasaan takot yg amat, Borhan,Abu dgn Acong pon berlari2 mencari buah hutan...Selepas 30minit,sampai la Abu ngan Borhan bersama2 ngan buah dorg.Abu berjaye cari buah manggis, Borhan plak buah rambai(sedaap).Ketua org asli pon tersengih sambil berkate "buah yg korg bawa tu hendaklah dimasukkan kesemuanyer dlm bontot kome..syaratnye lagi korg xboleh berkerut atau kuarkan suare semase masukkan buah tu..understood? kalu x korg akan dimkn..heehhehehe" Abu ngn Borhan pon hanya mampu bersetuju kerana takot(haha)..

Setelah dicabut undi..Abu terpaksa mnjadi org yang 1st memasukan buah ituu..setelah buah yg ke-5,Abu xtahan lalu terpengsan.Abu diikat dan ready utk dimkn.Kemudian,Borhan pule memasukan buah rambainye yg sebesor 2puloh sen ke dlm bontot..setelah biji ke9, tibe2 Borhan tergelak guling2...lalu diikat. Abu yg geram dan berpeloh pon hairan "Eh Bohan,ko gelak2 pesal..nak abes dah buah tuu..bankai la.." Borhan pon sambil gelak terbahak2 berkate" Aku tgk si Acong bwk buah durian sambil tersengih..xtahan siot”



P/s: hahaahaha..moralnya pilih buah jgn ikut nafsu ye..

Tuesday, September 8, 2009

Pesta Panjut



Panjut..



Apakah itu...



Hmm..Kalau Pelita?








Pelita...




Panjut?




Masa kecik2 dulu Kuale ade buat pertandingan panjut time malam 7likur.. Satu bandar kualer penuh dgn pelbagai bentuk panjut.
Siap boleh lawan2 lagi ngn jiran sbelah.
Mase tu mmg syok la round2 satu kuale naik beskal..hahaa.
Tp skrg dah tak brape nak ade.. rindu2.
Dah kurg best dah..


Sunday, September 6, 2009

Ais Kacang Satu!








P/s : nak order yang mana satu nie...semua sedap ni =)