Friday, October 9, 2009

1.57 Billion..



Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia, 9 Oktober 2009...


Penduduk Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang penduduk dunia.


Laporan oleh Forum Pew Agama dan Kehidupan Awam itu menyediakan satu angka tepat yang sebelum ini jumlahnya hanya dianggarkan. Projek yang mengambil masa selama tiga tahun itu turut mendedahkan kenyataan-kenyataan yang mungkin mengejutkan.

Jerman mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Lebanon; China mempunyai lebih ramai penduduk Islam daripada Syria dan Rusia pula mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Jordan dan Libya.


Agama Islam sebagai agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian, yang dianggarkan mempunyai antara 2.1 bilion hingga 2.2 bilion penganut.


Laporan turut mendedahkan bahawa meskipun nadi Islam terletak di Asia Barat, bilangan terbesar umat Islam adalah di Asia iaitu meliputi lebih 60 peratus.


Asia Barat dan Afrika Utara hanya mewakili kira-kira 20 peratus umat Islam, 15 peratus di Afrika Sub-Saharan, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.


Seramai 317 juta penduduk Islam atau satu per lima daripada jumlah keseluruhan penduduk Islam pula tinggal di negara yang penduduknya bukan majoriti Islam.


Sebanyak 10 negara telah disenarai mempunyai penduduk dua per tiga beragama Islam iaitu Indonesia, Pakistan, India, Bangladesh, Iran, Turki, Mesir, Algeria, Maghribi dan Nigeria







6 comments:

intan.dayana said...

eh,mesia nye penduduk islam bukan 2 per 3 kah?kalO begitu umat islam kat mesia ni sgt sedikitlah.

The Hobbit Frodo said...

Andai semua umat Islam bersatu, kita bisa kembalikan kegemilangan Islam. Insyaallah

oranglidi said...

hm.. teringat hadis Nabi ttg umat akhir zaman..

Ramai sperti BUIH dilautan!
tapi lemah slemah2nya. diratah dgn senang lenang.

sebab apa?

..AL-WAHN..

uih, terbagi tzkirah plak.

meor saiful rizal said...

intan dayana..
aah sgt seciput kot..
tp ntah2 lagik 5org cukup 2per 3.
hahaa..

hobbitfrodo..
sebut psal tu..
ptg td member aku tunjuk jurnal pasal bangsa yg hilang..
ada kaitan dgn org melayu yg mainkan peranan dlm islam akhir zaman..

oranglidi..
semua umat islam berpuak2 cam buih2.
andai kate bersatu..menang lah islam dan itu salah satu petanda kiamat kan..

lili11 said...

Ahh? Terima kasih utk info ini ... Semoga Allah melindungi kita dunia dan akhirat. Amin

weblog popular 1malaysia

teddyblueberrygurl said...

maybe malaysia byk islam atas nama..
kikiki..

Post a Comment