Thursday, February 17, 2011

Bunga Bungi

Salam Maulidur Rasul...

Hari Selasa,12 Rabiuawal yg lepas jatuhnya Hari Maulidur Rasul walaupun tidak disambut pada zaman Nabi dan sahabat-sahabat r.a. Maulidur Rasul disambut sempena untuk memperingati Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.aw. supaya tidak dilupakan oleh kita yang hidup selepas beberapa ribu tahun selepas kelahiran Nabi.

Pada hari selasa lepas juga aku mendengar sedikit sebanyak dari ceramah yang disampaikan oleh Mufti Johor berkenaan sambutan Maulidur Rasul dan isu yang disentuh menarik tertarik di hati adalah berkenaan riba. Menurut beliau yang merujuk kepada al-Quran perang boleh diisytiharkan terhadap amalan riba dengan atas nama Allah dan Rasul..

Perang??

Hmm..tak semestinya pakai machinegun m-16 dgn parang arjuna tu. Tapi mungkin perang dari sudut psikologi atau suara dan juga pemahaman berkenaan hukum riba terhadap muslim muslimat. Aku telah terbaca buku yang menerangkan dari tafsir al-Quran bahawa golongan yang beriman dan taat perintah Allah juga takkan terlepas dari fitnah Dajal angkara amalan riba. Dan tak mustahil juge akan datang PERANG melibatkan pedang-pedang akan berlaku.. Waallahualam.. Pikir-pikirkan lah kome..Sama-sama lah kita 'improved' diri kita yek.





P/s : Kita selalu menyalahkan pihak kerajaan dan badan2 berkanun atas semua isu, kenapa kita sendiri tak usaha selesaikan atau elakkan?