Wednesday, February 20, 2013

Demam or Nama Saintifik Nya Dedor

Demam..

Ke dedor..

Ke fever..

Yang pastinya adalah dia antara 3 fenomena di atas..

Apakah faktor utama fenomena semulajadi tersebut?


Hmm..kebarangkalian  disebabkan oleh faktor kuasa 2 di bawah..


1. Iklim khatulistiwa Malaysia yang tak menentu..

2. Terkena gerimis atau hujan lebat..

3. Berjangkit dengan officemate..cis..

4. Suhu badan melonjak lebih 40 darjah celcius..

5. Bakal kerinduan special person yang jauh..

6. Berniat sengaja..nak mc supaya tak guna baki On Leave.

7. Kerja over bebeno.Workaholic omputeh kate..

8. Kekurangan zat atau vitamin..(Sila byk makan buah)

9. Susah hati ...Stresss..Stresss..Stress..

10. Dah ditakdirkan demam kan..

11. Diperlukan berlakon watak org demam dalam filem atau drama.

12. Makan secara berlebihan.. Kemungkinan besar waktu musim Durian 

13. Ada virus,bakteria, parasit  menyerang sistem antibodi kome..

14. Terkejut..Jumpa  entiti paranormal atau yang horror2 kot.

15. Esok nak kena buat presentation dalam kuliah.

16. Berjemur tengah panas dengan hati berbuka.

17. Perasaan takut melampau-lampau..

18. Berlatih kawad perbarisan sukan sekolah tanpa henti..


Agak-agak yang mana satu pilihan suci anda..


P/s: Dihendaki balik Perak 28 hb ni.Hmmm...Extra,bulan depan pilihan raya la pulek.

Monday, February 4, 2013

Hujan Renyai-Renyaiii..


Hari ini hujan*.

Semalam pun hujan..

Esok pula? Tengok la kaji cuace..Tapi tak semestinya betul yee.

Mungkin esok sepoi-sepoi bahase pule...

*Kawasan terlibat berdasarkan observasi manual.. : Springhill. Lukut. Port Dickson

Fakta Hujan:

  • Ketinggian awan setinggi 12000 meter mampu menghasilkan titisan hujan sekilat 558 km/jam    ('Based on' anggaran ketinggian maksima awan  normal 10000 meter), impaknya boleh merosakkan segala 'material' di bumi.
  • Tetapi sebenarnya kelajuan hanya 8-10 km/jam bila jatuhnya ke bumi disebabkan bentuk titisan hujan yang spesel meningkatkan kesan geseran atmosfera dan memperlahankan 'speed' hujan tersebut..
  • Lain-lain fakta? (Google la sendirik ye)

(Sumber : Detik Islam)






Friday, February 1, 2013

RoRO


Tarikh: Tak Hingat..

Masa: Lepas Tengahari Kot..

Perkara: Perkara Berbangkit..

Sebab Berbangkit: Lapor..

Roro..roro..Mende roro nie..

Oleh disebabkan ingin memelihara dan mempulihara kontrak perjanjian 2 hala antara sesebuah Institusi Kekonsultanan dan  Institusi Perminyakan yang agak global menyebabkan 4 orang negarawan yang terdiri daripada keturunan Nogori, Melakau, Peghok, dan Sg Bakap memanjangkan perjalanan depe dari Bandar Dataran Segar ke Tanjung Tin. Dan kemudian ke arah bandar barat,iaitu bandar Lukut yang agak dikenali kerana tertinggalnye kota Lukut yg kuat ketahanannya, rasanyaa (dah tersinggah hari tu dgn org Mambau tapi pegi muzium aje)..



(Ehsan Pakcik Google )


Namun, masih tidak ketemuan target utama memberi impak yang maksima kepada kesabaran dan keperluan asasi perut mereka sume. Mujor (orang Peghok kata) ketua operasi mempunyai keazaman tinggi untuk mendaki kawasan berbukit bukau berbekalkan pacuan 4 roda yang sudah 3 bulan berdebuu..Lantas beliau dan anak buahnya meneruskan operasi ke kawasan yang berbunyi Pachitan.

Kelihatan sebuah tanah persendirian berpagar zinc cladding yang berpotensi menjadi pusat penyebaran roro...Dan proses terjahan pun bermula... Sebaik sahaja menerjah, ada pule 2 org pekerja (tak sure keturunan ape) sedang meraba-raba sebuah road tanker. 


Lelaki berketurunan Peghok (terpakse turun kereta pule) tu pun menanye-nanye le,

" Sini buat apa ye?"

Pekerja tersebut,

" Saya tak keje sini".



Lelaki Peghok  pun terkedu kerana berdasarkan observasi, kedua-duanya macam pencuci lori amatur.

Beliau mencelah,

" So buat apa ni"'


Pekerja tu masih dgn ayat hafazannye..

" Saya tak keje sini".




Bertanye lagi dgn penuh harapan lelaki Peghok tersebut,

"Kat mana boleh dapat roro eh?Ada no contact tak?"




Dan cenggitu la jawab dia..

" Saya tak keje sini", Memang tak keruan aje nengok gayenye.






Hoho. Sah le depe berdua berIC Myanmar atau Vietnam.Kebarangkalian tuan depe ni dah bagi skrip siap-siap incase ada org luor datang menjengah macam keme.. Kalo nak nengok kaler kulit ngan muke mmg tak ngope Melayu Malaysia.. Tp haku ni ada gaya pegawai emegresen ke yob?




P/s : Dah dekat seminggu cafe feveret aku ngn housemate tak bukak. Bulan ni bulan gerak gempur pegawai penguasa ke..Jenuh cr makan tempat len. Maybe co-incidence bak kate oghang England.