Saturday, June 26, 2010

Vuvuzela Pendengung Gegendang!


Inilah Vuvuzela a.ka. trompet Afrika yg bunyi macam perkampungan lebah-lebah sedunia bermesyuarat






Tuptaptuptap,

Sedar tak sedar,Piala Dunia 2010 sudah masuk ke pusingan ke-2, yg merupakan peringkat kalah mati..Bahaya kan main bola ni.


Mengikut analisis taburan penduduk di persiaran Mentari, Sunway menunjukkan hampir 50peratus penonton gila bola ni mengantuk sakan..Bukan saje time kerja, time tgk bola pun mengantuk wehh!!


Mungkin sebab corak permainan bola oleh sesetengah pasukan yg tidak umphh, macam Perancis bertemu Uruguay dulu. Amat mengecewakan jiwa dan raga.. Perancis yer, bukan Uruguay..Rugilah time world cup ni mengantuk, terlepas pulak rembatan Leman Messi atau Daud Villa kan.



Haha.Sebenarnya nak bagi tips-tips penahan mengantuk time tgk World Cup nanti untuk semua penonton tegar World Cup 2010 nieh..Spesel untuk lelaki.




~Bawa Minyak Cap Kapak~

Pinjam botol minyak cap kapak isteri atau mak anda dan bawa ke mana-mana port bola yg korang suka.Time rasa mengantuk,taruk la sikit kat atas dahi dgn kelopak mata tu. Berkesan wehh..


~Kopi O Kaw 2 Gelas~

Memang la ni tips biasa tp memang mujarab.Tak kesah la ais atau panas. Janji kopi O kaw 2 gelas yerkk..Aku rekemen kopi O kat mamak Subaidah.Memang kelam..



~Jerit Sepenuh Jiwa~

Goaaal!!!!!!! Agak-agak macam nak masuk goal tu jerit la puas-puas.. Jangan la segan-segan sebab ada awek cun kat sebelah kome kontrol2 pulak.Cis! !



~Jeling-Jeling Kiri Kanan~

Tipulah masa tgk bola tak tgk perempuan kiri kanan.Heheh..Pantang ada amoi cun comel sket lalu jer mmg tak lepas pandang.Ye dak?Sekali je weh..Jgn dua kali.Haha..Dosa.




P/s : Pasukan underdogs Ghana,Korea selatan dan Mexico menjadi pilihan hati selain Spain dan England.Korg? Tak lupa salam takziah kpd team Perancis dan Italy.Mesti pasni dorg lepak tgk bola kat skrin besor mamak Subaidah..heheh.

14 comments:

budak chOmel said...

hah! kenapa tips ni spesel untuk lelaki jek? pempuan xleh ke? berat sebelah btOl..haih..

mari la sOkOng abg messi yg machO ituuuu. :p

meorazor said...

untk ppuan boleh ajerr..
tp lelaki lg spesel laa..
hahahhah...

messi takde mood nk score..soh die rembat bebanyak!

budak chOmel said...

yelah2..laki la lagi spesel.menyampah!

Ok2.akan d sampaikan kat messi nnt.suh dea maen bersungguh2 dan gOal byk2..bwk bertenang eh. ;p

meorazor said...

adek la.haha.bape kerat je ppuan kat kdai mamak tgk bola?siap blk awl lgik..

okeyy messi..sila beat villa,higuan,fabiano dgn forlan yerk..

budak chOmel said...

hakhak..pempuan tgk kat umah je~ senang. xyah siap2 sume..ngeeee!!!

messi kate xleh nak beat kwn2 satu team..ape yg penting, kerjasama~ :)

Mr PenyuBiru said...

aku sokong paraguay! hee

meorazor said...

~intan~

yupp.kerjasame !super wonderpet!!hahaa.

~mr penyu~
paraguay mantap jugek..gd luck paraguay

NICK IRFAN said...

wah! byk gak tips ko kasi ni!? hehehe

Afzainizam said...

Bukan kacang sebarang kacang.
Kacang melilit si kayu jati.
Bukan datang sebarang datang.
Datang membawa hajat di hati.

Anak raja main congkak,
Main congkak punya pelan ,
Boleh saya tumpang bertanya,
salam dihulur tanda persahabatan,

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME—WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
~۞~ Kembara~Mahkota~~Johor~۞~
~~۞ ~(KMJ) 2010~edisi~ ke12~۞~
~۞ ~~26 hingga ~28 Jun 2010~~۞~
~~۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞۞~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
WELCOME-- WELCOME-- WELCOME
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

aku harap argentina mara ke akhir.... cyayokkkkk

NICK IRFAN said...

mlm ni aku nak try tips 1 dan 2! hehehe smln terlupa plak nk try jd trus terlelap? adoi...

meorazor said...

afzainizam~

tq bro singgah cni...rock n ride!!


nickirfan~

apekah pilihan ande final ini?

spain mng kot!

"eZa" said...

hamboih!

rizputra7 said...

haha..bagus idea nie..

meo188 said...

slm jom amik award kat blog sy

Post a Comment