Monday, December 20, 2010

Penlepak Berjaye..

Di tepi pantai Teluk Kemang yang sepoi-sepoi bahasa,dan lagi sejam nak maghrib waktu itu..Kelihatan seorang ibu dan anaknya ke hulu ke hilir gelisah semacam aje. Tiba2, beliau menerpa seorang pemuda berketurunan Melayu dan Syarifah,


" Adik, berapa ye goggle ni?" ujar beliau..


Pemuda itu tersengih, " Eh, bukan makcik. Saya duduk-duduk sini je"


"Iye, mane orang penjual nye?", makcik tersebut malu-malu.


"Ntahnye..dia pegi mandi laut kot.", pemuda itu menjeling-jeling keliling sambil pura-pura memanggil adik-adiknya naik ke atas..




Moral: Jangan duk selamber wawa lepak tepi kereta penjual alat permainan budak.Lebih-lebih lagi bila tuannye ke laut.haha...

Monday, December 6, 2010

Vitamin C..Teman Setia Andaaa...


Sumber Kumpulan.info


Jumlah pengambilan vitamin c bagi dewasa yang normal-60-90 mg/hari

Maksimum pengambilan vitamin C bagi org dewasa-1000 mg/hari.(Ambil lebeh cirit le kome/diarhea)


Kamus Dewan Bahasa Melayu Modenisasi
-Jambu Biji(Jambu Batu)
-Kelengkeng(Longan,Mata Kucing)
-Pepaya(Betik)
-Alpukat(Buah Avokado)
-Melon(Tembikai Susu)



Kesan Kekurangan Beliau(vitamin C)
-Kejang otot (Krem le pulak)
-Gusi berdarah (Tengah gosok2 gigi selalunyer)
-Gangguan saraf (Sawan kot, takpun saraf tak dpt line)
-Pecah mulut/luka di mulut (Pedih time makan sambei belacan)
-Anemia (Peringkat Teruk/Darah Kurang Bebenor)





P/s : Sesetengah buah mempunyai vitamin c yg banyak pd kulit berbanding isi contohnye epal...Jangan kome g makan jari kelengkeng udoh yer.haha

Thursday, December 2, 2010

Gelanggangg..

Jom main bedminten..

Insyaallah berpeluh,penat, sehat dan juge kurang wangi sekejap.

Oge Ego?

Ego?

Nape orang kita nak ego.

Bukan skuter Ego keluaran Hong Leong Yamaha tu.(Ego LC nak keluar tau,Perghh).

Ego ni sebab ada syaiton ker.Ngankung ker.Ceplos ker.Ciss..


P/s : Tengoklah channel tv yang terbaru al Hijrah.Semoga sejuk hati kome=)



Berikut adalah liputan frekuensi bagi saluran TV Al Hijrah

Liputan Saluran
UHF
Frekuensi (MHz)
Lembah Klang CH 55 743.25
Terengganu CH 41 631.25
Johor CH 40 623.25
Sarawak CH 37 599.25
Sabah CH 37 599.25

Sumber dari website alHijrah


Wednesday, December 1, 2010

Bocat

credit to flickr.com


Ikan Haruan..Ikan Ghuan..atau name lainnye, ikan Bocat mmg terkenal di kalangan org perak.

Nak ngail atau taut senang je kalau menggunakan umpan katak. Ikan ni elok untuk mengubat luka dan bagi orang baru lepas operation.


P/ s: teringat time kecik2 dulu ngail kat tali ayor tepi bendang Sayong.. berlawan2 bocat sape yg lagik besor.

Seketul Berkilau




Apekah ini..rase-rasenyer??

Mestilah public dinar.. Terang-terang terpampang ye dak..

Nak?

Carilah agen public dinar kat website..Berbaloi untuk simpanan.

Insyaallah...



Entri-entri terdahulu..

Dinar Emas????

Dinar Emas Penyelamat




p/s : Harga minyak ron97 naik 15 sen?ron95 tetap ye dak.. Patut ker.Mestilah logik.Hmm, kalau harga emas pun naik, petrol pun boleh la naik.Sebabnyer? Dua-dua bahan mentah ni merupakan sumber yg tak boleh diperbaharui.. Semakin hari semakin kurang simpanan bahan ni dalam bumi. Boleh ke kita buat emas dgn petrol dlm lab??Ada? Mesti kome pernah belajar subjek sains time kita2 PMR dulu..

Amalan Kita?

Forward from Blog Nurin

Pesanan untuk muslimin muslimat dan juga kpd diri sendiri.


Ya Rasullulah..

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang
bererti 'Wahai yang kemerah-merahan') Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai
Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras
kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.' 'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepadaanak-anakmu?'

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antarasatu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?''Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.' 'Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuanmenggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkausedang sakit...' desak Umar penuh cemas... Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. 'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar
dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'


Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT..'

Forward kan kpd org lain dan rakan-rakan.Insyaallah..Ada hikmahnya.