Thursday, March 31, 2011

Musim Derian Wehh!!


Selamat Menjamu Buah Derian Tak Kira di SS2 Petaling Jaya, Bukit Gantang atau Balik Pulau..Moh Kome!!

Thursday, February 17, 2011

Bunga Bungi

Salam Maulidur Rasul...

Hari Selasa,12 Rabiuawal yg lepas jatuhnya Hari Maulidur Rasul walaupun tidak disambut pada zaman Nabi dan sahabat-sahabat r.a. Maulidur Rasul disambut sempena untuk memperingati Hari Keputeraan Nabi Muhammad s.aw. supaya tidak dilupakan oleh kita yang hidup selepas beberapa ribu tahun selepas kelahiran Nabi.

Pada hari selasa lepas juga aku mendengar sedikit sebanyak dari ceramah yang disampaikan oleh Mufti Johor berkenaan sambutan Maulidur Rasul dan isu yang disentuh menarik tertarik di hati adalah berkenaan riba. Menurut beliau yang merujuk kepada al-Quran perang boleh diisytiharkan terhadap amalan riba dengan atas nama Allah dan Rasul..

Perang??

Hmm..tak semestinya pakai machinegun m-16 dgn parang arjuna tu. Tapi mungkin perang dari sudut psikologi atau suara dan juga pemahaman berkenaan hukum riba terhadap muslim muslimat. Aku telah terbaca buku yang menerangkan dari tafsir al-Quran bahawa golongan yang beriman dan taat perintah Allah juga takkan terlepas dari fitnah Dajal angkara amalan riba. Dan tak mustahil juge akan datang PERANG melibatkan pedang-pedang akan berlaku.. Waallahualam.. Pikir-pikirkan lah kome..Sama-sama lah kita 'improved' diri kita yek.





P/s : Kita selalu menyalahkan pihak kerajaan dan badan2 berkanun atas semua isu, kenapa kita sendiri tak usaha selesaikan atau elakkan?

Saturday, January 8, 2011

Manzil...

Manzil.

Man-zil...

Hmm, macam pernah dengar manzil ni kan..Tp ape mende manzil ni?

Risalah kecil iaitu "Manzil" merupakan ayat himpunan pilihan ayat-ayat al-Quran yang telah diajar oleh Rasulullah S.A.W. kepada para sahabat.

Kelebihan manzil ini antaranya sebagai ayat penyembuhan beberapa jenis penyakit zahir dan batin serta pelindung dari serangan sihir atau ilmu syaitan.

(Dalam satu hadis sahih yang dicatatkan dalam sebuah kitab "Hayatus-sahabat", Ubai Ibn Kaab ra meriwayatkan Rasulullah SAW merawat seorang sahabat yang mempunyai sejenis penyakit gila dengan menggunakan ayat-ayat manzil ini) 

Manzil ini boleh dijadikan sebagai bekalan kita untuk menghadapi segala ancaman mereka yang berniat buruk atau bersifat mazmumah.Mereka yang beristiqamah dan selalu mengamalkan manzil ini akan mendapat banyak kebaikan.

Cara menggunakan manzil dengan cara pesakit itu membaca ayat-ayat tersebut atau orang lain membacakannya dan menghembus ke atas segelas air atau sebaldi air kemudian air itu diminum atau dimandikan kpd pesakit.

Berikut merupakan ayat-ayat al-Quran yang boleh dijadikan sebagai ayat-ayat Manzil.

-Al-Fatihah:1-7

-Al-Baqarah:1-5

-Al-Baqarah:163

-Al-Baqarah:255-257

-Al-Baqarah:284-286

-Ali-Imran 3:18

-Ali-Imran:26-27

-Al-A'raaf:54-56

-Al-Isra:110-111

-Al-Mu'minun:115-118

-As-Shaffat:1-11

-Ar-Rahman:33-40

-Al-Hasyr:21-24

-Al-Kafirun:1-6

-Al-Jin:1-4

-Al-Ikhlas:1-4

-Al-Falaq:1-5

-An-Nas:1-6

Insyaallah, semoga manzil ini berguna untuk amalan kita seharian...Rupa-rupanya sebahagian ayat-ayat ini telah aku amalkan dari sekolah rendah lagi.Ada seorang ustazah pernah pesan amalkan selepas solat. Info ini juga kita boleh kongsi dengan rakan-rakan yang lain =)

Sumber : Manzil Resam Uthmani terbitan Al-Hidayah yang disusun oleh Sheikhul Hadith Maulana Muhamad Zakaria.

P/s: Manzil ini aku kongsikan di sini selepas membaca sebuah buku yg dapat free dari majlis kahwin anak seorang ahli Exco Kuala kangsar.Selalu dapat bunga telur atau muffin, memang rare lahh dapat manzil.. Semoga beliau mendapat pahala berlipat ganda.Amiin...

Monday, December 20, 2010

Penlepak Berjaye..

Di tepi pantai Teluk Kemang yang sepoi-sepoi bahasa,dan lagi sejam nak maghrib waktu itu..Kelihatan seorang ibu dan anaknya ke hulu ke hilir gelisah semacam aje. Tiba2, beliau menerpa seorang pemuda berketurunan Melayu dan Syarifah,


" Adik, berapa ye goggle ni?" ujar beliau..


Pemuda itu tersengih, " Eh, bukan makcik. Saya duduk-duduk sini je"


"Iye, mane orang penjual nye?", makcik tersebut malu-malu.


"Ntahnye..dia pegi mandi laut kot.", pemuda itu menjeling-jeling keliling sambil pura-pura memanggil adik-adiknya naik ke atas..




Moral: Jangan duk selamber wawa lepak tepi kereta penjual alat permainan budak.Lebih-lebih lagi bila tuannye ke laut.haha...

Monday, December 6, 2010

Vitamin C..Teman Setia Andaaa...


Sumber Kumpulan.info


Jumlah pengambilan vitamin c bagi dewasa yang normal-60-90 mg/hari

Maksimum pengambilan vitamin C bagi org dewasa-1000 mg/hari.(Ambil lebeh cirit le kome/diarhea)


Kamus Dewan Bahasa Melayu Modenisasi
-Jambu Biji(Jambu Batu)
-Kelengkeng(Longan,Mata Kucing)
-Pepaya(Betik)
-Alpukat(Buah Avokado)
-Melon(Tembikai Susu)



Kesan Kekurangan Beliau(vitamin C)
-Kejang otot (Krem le pulak)
-Gusi berdarah (Tengah gosok2 gigi selalunyer)
-Gangguan saraf (Sawan kot, takpun saraf tak dpt line)
-Pecah mulut/luka di mulut (Pedih time makan sambei belacan)
-Anemia (Peringkat Teruk/Darah Kurang Bebenor)





P/s : Sesetengah buah mempunyai vitamin c yg banyak pd kulit berbanding isi contohnye epal...Jangan kome g makan jari kelengkeng udoh yer.haha

Thursday, December 2, 2010

Gelanggangg..

Jom main bedminten..

Insyaallah berpeluh,penat, sehat dan juge kurang wangi sekejap.

Oge Ego?

Ego?

Nape orang kita nak ego.

Bukan skuter Ego keluaran Hong Leong Yamaha tu.(Ego LC nak keluar tau,Perghh).

Ego ni sebab ada syaiton ker.Ngankung ker.Ceplos ker.Ciss..


P/s : Tengoklah channel tv yang terbaru al Hijrah.Semoga sejuk hati kome=)



Berikut adalah liputan frekuensi bagi saluran TV Al Hijrah

Liputan Saluran
UHF
Frekuensi (MHz)
Lembah Klang CH 55 743.25
Terengganu CH 41 631.25
Johor CH 40 623.25
Sarawak CH 37 599.25
Sabah CH 37 599.25

Sumber dari website alHijrah