Friday, February 1, 2013

RoRO


Tarikh: Tak Hingat..

Masa: Lepas Tengahari Kot..

Perkara: Perkara Berbangkit..

Sebab Berbangkit: Lapor..

Roro..roro..Mende roro nie..

Oleh disebabkan ingin memelihara dan mempulihara kontrak perjanjian 2 hala antara sesebuah Institusi Kekonsultanan dan  Institusi Perminyakan yang agak global menyebabkan 4 orang negarawan yang terdiri daripada keturunan Nogori, Melakau, Peghok, dan Sg Bakap memanjangkan perjalanan depe dari Bandar Dataran Segar ke Tanjung Tin. Dan kemudian ke arah bandar barat,iaitu bandar Lukut yang agak dikenali kerana tertinggalnye kota Lukut yg kuat ketahanannya, rasanyaa (dah tersinggah hari tu dgn org Mambau tapi pegi muzium aje)..



(Ehsan Pakcik Google )


Namun, masih tidak ketemuan target utama memberi impak yang maksima kepada kesabaran dan keperluan asasi perut mereka sume. Mujor (orang Peghok kata) ketua operasi mempunyai keazaman tinggi untuk mendaki kawasan berbukit bukau berbekalkan pacuan 4 roda yang sudah 3 bulan berdebuu..Lantas beliau dan anak buahnya meneruskan operasi ke kawasan yang berbunyi Pachitan.

Kelihatan sebuah tanah persendirian berpagar zinc cladding yang berpotensi menjadi pusat penyebaran roro...Dan proses terjahan pun bermula... Sebaik sahaja menerjah, ada pule 2 org pekerja (tak sure keturunan ape) sedang meraba-raba sebuah road tanker. 


Lelaki berketurunan Peghok (terpakse turun kereta pule) tu pun menanye-nanye le,

" Sini buat apa ye?"

Pekerja tersebut,

" Saya tak keje sini".



Lelaki Peghok  pun terkedu kerana berdasarkan observasi, kedua-duanya macam pencuci lori amatur.

Beliau mencelah,

" So buat apa ni"'


Pekerja tu masih dgn ayat hafazannye..

" Saya tak keje sini".




Bertanye lagi dgn penuh harapan lelaki Peghok tersebut,

"Kat mana boleh dapat roro eh?Ada no contact tak?"




Dan cenggitu la jawab dia..

" Saya tak keje sini", Memang tak keruan aje nengok gayenye.






Hoho. Sah le depe berdua berIC Myanmar atau Vietnam.Kebarangkalian tuan depe ni dah bagi skrip siap-siap incase ada org luor datang menjengah macam keme.. Kalo nak nengok kaler kulit ngan muke mmg tak ngope Melayu Malaysia.. Tp haku ni ada gaya pegawai emegresen ke yob?




P/s : Dah dekat seminggu cafe feveret aku ngn housemate tak bukak. Bulan ni bulan gerak gempur pegawai penguasa ke..Jenuh cr makan tempat len. Maybe co-incidence bak kate oghang England.

2 comments:

Zue Sancer said...

perkra berbangkit: ye ke...tersinggah ke sini? =P

bile mase bercakap ngan warga asing? =P

meorazor said...

After dipelawa juge =)

Mmg byk la kat pd nieh warge2 tersebut..

Post a Comment