Friday, January 25, 2013

S M R

Semalam...ye..itu semalamm..

Last Khamis merupakan Hari Maulidur Rasul dan otomatiknya adalah cuti umum kan..kan..ann.

Dan..perlu diingat kita perlu mengingati Rasulullah sentiasa, dan bukan hanya pada Hari Maulidur Rasul sahaja hendaknye ye.. bukan hanya post di FB atau tampei notes kat dinding 'softboard' ye kome..

Kelebihan atau benefit bak kate Omputeh..
  •  Satu kali berselawat Allah swt akan membalas dengan 10 kali selawat untuknya.
  • Satu kali berselawat Allah swt akan mengangkatnya baginya (orang yang berselawat) dengan 10 kali darjat.
  •   Malaikat juga akan turut membaca selawat ke atas orang yang membaca selawat untuk Rasulullah saw.
  • Doa yang disertai dengan selawat akan diperkenankan oleh Allah swt, akan tetapi doa yang tidak disertai dengan selawat ianya akan tergantung di antara langit dan juga bumi.
  •    Akan mendapat tempat yang dekat dengan Rasulullah saw di Hari Kiamat nanti (kepada mereka yang selalu berselawat kepada Nabi Muhammad saw).
  •  Akan mendapat Syafa'at daripada Rasulullah saw di Hari Kiamat nanti.
  •  Allah swt akan menggandakan limpah kurnia dan juga rahmat-Nya kepada mereka yang berselawat untuk Nabi Muhammad saw.
  •  Selawat dapat membersihkan hati, jiwa dan roh yang kotor yang berselaput di dalam dada.
  •  Selawat dapat membuktikan kecintaan dan juga rasa kasih sayang kita terhadap Rasulullah saw.
  • Selawat dapat mewariskan kecintaan Rasulullah saw terhadap umatnya.
  • Selawat dapat dijadikan sebagai penyelamat dan juga dapat memelihara daripada segala apa juga yang dapat mendukacitakan dari hal keduniaan mahupun akhirat.
  • Dengan membawa selawat akan dapat mengingatkan kembali apa-apa yang telah kita lupa.
  • Orang yang selalu berselawat akan mendapat nur (cahaya) yang bersinar di dalam hati dan ianya akan berlaku bilamana kita berselawat 100 kali dengan cara selawat yang bersungguh-sungguh dan juga ikhlas.
  •   Mendapat ganjaran pahala seperti memerdekakan seorang hamba bilamana kita berselawat sebanyak 10 kali.
  •  Allah swt akan meluaskan dan juga melapangkan rezekinya dan juga sumber-sumber rezeki yang lainnya yang tiada kita ketahui.
  •  Allah swt akan memberatkan timbangan amalnya pada neraca timbangan di Hari Kiamat nanti.
  • Mendapat keberkatan dari Allah swt bagi dirinya dan juga untuk kaum kerabat dan juga keluargannya.
  • Keistimewaan berselawat dapat mendatangkan rasa kasih sayang dari hati-hati orang-orang mukmin lainnya terhadapnya.
  •  Selawat akan dapat mendekatkan dirinya dengan 'Telaga Haudh' iaitu telaga Rasulullah saw serta akan dapat pula meminumnya di Hari Kiamat kelak.
  •  Selawat dapat melepaskan diri seseoang itu daripada tergelincir semasa melalui titian sirat dan ia dengan selamat akan dapat menuju ke syurga

P/s: Selawat kpd Nabi Muhammad s.a.w lah selalu2 =)


Monday, January 14, 2013

Buraqoil WEHH

Mengkomer..

Tahu ke buraqoil. Byk jupe kt luor pekan.

Tak tahu singgah try le kalau nak isi myk.hoho

Selamat try .

P/s: 7 februari nnt kuor hantu kak limah 2-husin,mon & jin pakei toncit!

Wednesday, August 1, 2012

Tahukah Kome..Syiling Baru Rupanya Power.

Salam ramadhan..Puase2 jgn xpuase.


Hmm,duit syiling baru rupanya2 power weh...

Iyer..


Gambar ihsan bro Google


Cer letak syiling kat mana2 besi berani (bahasa sains nye,magnet)..Mesti melekat..Kan.kan.


Tak melekat duit tipu la tuh =)


Selamat mengecheck yerk..


P/s : Dah banyak kali duit terlekat kat casing henpon.. cam leceh pn ade.hoho. 



Friday, January 13, 2012

Food..Makanan.Air...Dan Seumpamanyer Ye.

"MAKANAN KEGEMARAN RASULULAH S.A.W"

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert
rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan
buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman,
ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air
panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak.
Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal
melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti
tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang,
memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang
kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat
radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Cuka – Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular
di restoran Itali)

12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan.
Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

Sumber : Facebook Adik Teman..

Thursday, December 15, 2011

Naik Turun Naik !

Tahun lepehh..Iye.Tahun lepehh rasenyer..

Time tu beli 1 dinar RM 624..

Sekarang nengok2 kat tenet minggu lepeh, perghh.. Dah nek le wehh.

1 dinar(4.25gram) Rm 790 tuuu..

Ce imagine seketul emas 10gram,20 gram,30 gram.yg bergram2,kilo2..nyum2.

Tp tadi check turun plak RM 715.hoho..kenapekah..Tp maintain Rm700 tu kira ok ler..

Tapi harga global mmg cenggitu wehh..

Maintain Rm700 tu kira ok ler sebenornye..

Yg penting kome ade simpan kan..Ape2 aset pun jadik =)

Selamat menyimpan!!




P/: Musim buah ni kome..Mesti durian ngah berlambak2 skrg nie

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Cikgu!!

16 Mei 2011...



Selamat Hari Guru Semalaysia!



P/s : Selamat Hari Guru Kepada Parent Aku Juge =)

Thursday, May 12, 2011

Munjiyat (Ayat-Ayat Pelindung dan Penyelamat)

Sambungan selepas ayat-ayat Manzil.

Moh bace kome..


Munjiyat..

Munjiyat merupakan 7 ayat-ayat al-Quran yang digunakan dari pengalaman Ibnu Sirin rahimullah untuk melepaskan diri dari kesusahan dan juga sebagai ayat-ayat penyelamat.

Ayat-ayat al-Quran tersebut adalah:-

1) Al-Taubah -ayat 51

2) Yunus- ayat 107

3) Hud- ayat 6

4) Hud- ayat 56

5) Al-Ankabut- ayat 60

6) Fathir- ayat 2

7) Az-Zumar- ayat 38


Kite semua boleh amalkan ayat-ayat ini dlm hidup seharian dari kesusahan dan pelbagai masalah atau sewaktu dgn nyer..Insyaallah..


P/s: Sile belek2 al-Quran kat rumah tu yerk..takpun beli je buku manzil kat kedai nun..


Sumber:-
Manzil Resam Uthmani-Sheikhul Hadith Maulana Muhammad Zakaria.