Ade..
Adee..
Ade sesetengah orang yang tertahu atau kurang tahu atau tidak tahu atau tak ambil tahu atau juga malas tahu..Kome?heheh
Pasei apekah..
Pasal inilah..Mengenai serangga-serangga yang disebut dalam al-Quran dan ada beberapa surah yg dinamakan sempena nama serangga tersebut..
Antaranye, surah an-Nahl(lebah) dan surah al-Naml(semut).. tidak lupa juge surah Al'Ankabuut iaitu labah-labah(bukan kelas serangga yek sebab berkaki lapan,Arachnida).
Beberapa serangga yang disebut di dalam al-Quran
~Semut~
(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari".(27:18)
~Lebah~
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. (16:68)
~Lalat~
Wahai umat manusia, inilah diberikan satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru dan sembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai untuk membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya. (Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya), dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya). (22:73)
Serangga lain yg juga dinyatakan dalam al-Quran:-
Nyamuk, Belalang, Kutu, Kupu-kupu dan juge Anai-anai
Nak tahu lebih pasei binatang lain boleh terjah sini..Ce nengok..
Semoga boleh dijadikan rujukan yerk..
Ambil yg jernih, buang yg keruh..Makan derian sedap, buang yg mangkor!
P/s: Tertonton tv1 pasal sorg ustaz bercerita tentang kaitan serangga dan al-Quran
A long hiatus
9 years ago
0 comments:
Post a Comment