Saturday, October 31, 2009

Air Mineral Sungguh..

Di hotel murah sekinchan yang beresit rm50 satu malam yg dihuni 3 0rg jejaka KL.


Tekak aku berasa dahaga.. Aku ternampak 2 botol mineral tepacak atas meja.


Aku amek satu minum 2 teguk...


Sorg member aku atas katil tiba2 gelak.


Member aku keluar toilet, "ko minum botol yg penuh ke satu lagi?"


"Penuh" aku jawab ..


"Heheh..Tu air ujan aku tadah utk kumbang aku", member aku tersengih cam kerang..



P/s : Aku baru balik fieldwork 4hari kat Sekinchan..Operasi mencari serangga =)


Tuesday, October 13, 2009

Meggi Kari Terapungg..


Tahun 2002. .
Peristiwa satu malam di blok asrama lelaki MRSM Transkrian ,Nibong Tebal.
Jam12 malam..




Botoi : Weh lapor..
Acong: Lapor makan ler..Tp aku pon lapor ni. Hang ade ape dlm locker?
Botoi :Ade meggi kari 2peket.siap ade tanda harga lagi.nak??
Aku: Hehe.kome buat lebeh2 sket yer.
Acong: Cantekk ar.. pegi ler amek air kat water cooler nun!
Botoi: Aku jugek..dah le meggi aku wehh.


Acong pun mengalah dan cepat2 berlari amek air panas..dan balik ke bilik dgn perasaan hampa.

Acong : Adoi Botoi! Satu water cooler dah rosak..satu lagik air tak keluar. Sumbat kot.
Botoi: Kite pegi dewan makan la. Sane ade satu. Jom!! Temankan aku wehh..
Acong: Jom2..pakai kain pun takper kan (sengih2)
Aku: Aku ikut sekali ler..tolong cover line kot ade Pak Nan kang!


Di dewan makan..

Botoi : Alamak wehh.Gelap la pulak.
Acong : Amek je cepat! Umah Pak Nan sebelah ni jer. Mati kite kang!!
Aku : Aah. Kot2 Pak Nan pun nak meggi.Kantoi kite..


Sampai di bilik..

Acong : Nyum2..rase2 nyer dah 5minit kite berjalan tadi.. dah boleh makan kot!
Botoi : Ehh, ngaper terapung2 lak serbuk kari nie..
Acong :Ciss, ko ubuh air sejuk botoi??!!
Botoi: Gelap...
Aku : Adoi,melepas aku nak mkn wehh..



P/s : Pak Nan merupakan ketua warden di Transkrian. Beliau selalu round2 selepas light off utk pastikan budak2 dah tidur dan tak buat aktiviti2 luar tabii =)



Friday, October 9, 2009

1.57 Billion..



Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia, 9 Oktober 2009...


Penduduk Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang penduduk dunia.


Laporan oleh Forum Pew Agama dan Kehidupan Awam itu menyediakan satu angka tepat yang sebelum ini jumlahnya hanya dianggarkan. Projek yang mengambil masa selama tiga tahun itu turut mendedahkan kenyataan-kenyataan yang mungkin mengejutkan.

Jerman mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Lebanon; China mempunyai lebih ramai penduduk Islam daripada Syria dan Rusia pula mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Jordan dan Libya.


Agama Islam sebagai agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian, yang dianggarkan mempunyai antara 2.1 bilion hingga 2.2 bilion penganut.


Laporan turut mendedahkan bahawa meskipun nadi Islam terletak di Asia Barat, bilangan terbesar umat Islam adalah di Asia iaitu meliputi lebih 60 peratus.


Asia Barat dan Afrika Utara hanya mewakili kira-kira 20 peratus umat Islam, 15 peratus di Afrika Sub-Saharan, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.


Seramai 317 juta penduduk Islam atau satu per lima daripada jumlah keseluruhan penduduk Islam pula tinggal di negara yang penduduknya bukan majoriti Islam.


Sebanyak 10 negara telah disenarai mempunyai penduduk dua per tiga beragama Islam iaitu Indonesia, Pakistan, India, Bangladesh, Iran, Turki, Mesir, Algeria, Maghribi dan Nigeria







Thursday, October 8, 2009

The Strokes Junior!!





Aku dan my 2nd brader..
Haha..Tak ingat umor bape mase ni.
Dah benti minum susu kot..

Tuesday, October 6, 2009

Org Gila Pun Kaye Wehh..

Lokasi kejadian : Maybank Sunway

Jam : 6.30 Petang..

Saksi : 5 Org lelaki Cina.. 1 org gadis melayu dan Encik Meor

Insiden :

Aku sebenarnye nak pegi bank in duit sewa umah kat owner. Tgh syok2 beratur, tiba2 adalah sorg cina nyonya ni kacau kakak tu nak msuk duit kat mesin cash deposit..

"Haiya, lu jgn calling2 la masa ni, org lain tgh beratur . cepatlah, masukan la duit tu dulu", nyonya tu berspeaking omputeh (tolong translate). Akak tu pun tepis2 la nyonya tu cam tepis lalat. mane taknye, nyonya tu pulak nak g tekan skrin tu..Org lain dah merungut2, mesti nyonya tu nak buat hal.

Lepas akak tu blah dgn lajunye, nyonya tu lak terpacak dpn skrin mesin tu.. Aku tgk die dah meraba2 skrin tu. "Dlm hati aku, ade ke duit die nak masuk.. dah sah org tak betul ni. tekan skrin pon tak tau".

Sorg apek tolong la dia sbb dah tgk cam merapu semacam jek. Tiba2 dia keluarkan shelai kertas terus isi no akaun dengan konpiden.. Pastu berkepul2 duit hijau kebiruan dia bwk keluar dr beg. Dan selamber wawa nyer dia masukan dlm mesin.. Semua org kat situ terkesima sekejap dan terkedu.hahaa..


P/s : Nyonya tu dah la pakai kasut sebelah tinggi.. Baju selekeh jek.. bawak plastik cam biase org gila bawak.hahaa..ingat tak betul.kaye rupenyer beliau..kalo kome tgk mesti tak percaye pnyer.


Sunday, October 4, 2009

Cukup 23 Taun Akhirnye..Hahah

4 Oktober 2009..

Hari ahad..

Cukup la 23 tahun arinik..


heheh...


P/s :Nak g celebrate besday ke pegi open house?
hmmm..

Friday, October 2, 2009

Rumah Terbukak...




Jom pegi Open house geng ..

Makan sampei buncit wehh..

heheh =)